LKAN 2022: Sistem pengurusan pekerja asing tidak memuaskan, perjanjian bernilai lebih RM1 bilion belum ditandatangani

Sistem ePPAx dengan kos pembangunan RM19.39 juta tidak digunakan bagi pengurusan pekerja asing sepenuhnya

4:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 mendapati, Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM), tidak memuaskan.

Menurut laporan itu, sistem ePPAx dengan kos pembangunan RM19.39 juta tidak digunakan bagi pengurusan pekerja asing sepenuhnya kerana terhad kepada proses syor kuota kelayakan, melalui pengeluaran Perakuan Jabatan Tenaga Kerja dan Semenanjung Malaysia (JKTSM) sahaja.

Laporan itu memaklumkan, pencapaian pelaksanaan FWCMS pula belum dapat dinilai kerana 12 modul lengkap hanya digunakan untuk satu negara sumber, iaitu Bangladesh berbanding 15 negara sumber dibenarkan.

“LKAN mendapati perjanjian kerajaan melibatkan sistem FWCMS dengan nilai RM1.049 bilion, sebenarnya belum pun ditandatangani sehingga hari ini.

“Sebaliknya syarikat dipertanggungjawab iaitu Syarikat 838886-T (Bestinet Sdn. Bhd.), hanya menjalankan operasi melalui proof of concept.

“Kegagalan menandatangani perjanjian ini, mengakibatkan obligasi perkhidmatan dikehendaki, hak milik terhadap sistem dan data kerajaan yang digunakan serta aspek keselamatan dan integriti data, tidak dapat ditentukan serta kepentingan kerajaan tidak dipelihara,” menurut laporan itu yang dikeluarkan hari ini.

LKAN 2022 juga mendapati dua dokumen pengenalan (ID) yang berperanan sebagai Super Admin KSM untuk sistem FWCMS, bukan pegawai KSM, sekali gus menimbulkan risiko penyalahgunaan ID terhadap pengurusan pekerja asing.

Selain itu, laporan terbabit mendedahkan terdapat kelemahan dalam pengurusan sistem ePPAx, iaitu tetapan diubah dan permohonan kuota dibuat di luar tempoh program rekalibrasi tenaga kerja (RTK).

Berikutan itu, audit menggesa KSM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan proses pengurusan pekerja asing yang cekap, telus serta berintegriti, merangkumi semua proses pengurusan pekerja asing yang berlaku di dalam dan di luar sistem.

“Proses ini perlu mengambil kira keperluan hak, had, bidang kuasa dan fungsi semua agensi kerajaan berkaitan, selaras dengan dasar semasa kerajaan serta akta masing-masing, bagi memastikan pengurusan, pemantauan dan kawalan pekerja asing yang berkesan

“KSM dan KDN perlu berbincang serta memutuskan pihak yang bertanggungjawab penuh terhadap sistem pengurusan pekerja asing, tanpa mengabaikan keperluan semua pihak berkepentingan,” katanya. – 22 November, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related