LKAN 2022: Pengurusan dana 5 program Tekun Nasional kurang memuaskan

Dana bagi tiga program Tekun Nasional disalurkan melebihi peruntukan dengan keseluruhan lebihan penyaluran berjumlah RM189.13 juta

3:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 mendapati pengurusan dana dan aktiviti pembiayaan bagi lima program dan skim di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional didapati kurang memuaskan.

Lima program dan skim itu adalah Tekun – Bumiputera, Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI), Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (CBRM) 2.0, Skim Pembiayaan Usahawan Informal (SPIN) 2.0 dan Tekun Mobilepreneur 4.0.

LKAN mendapati setakat 31 Disember 2021, dana bagi dua program disalurkan kepada usahawan mengikut peruntukan iaitu CBRM 2.0 dan SPIN 2.0.

“Semakan lanjut terhadap 15 usahawan CBRM 2.0 mendapati lima (33.3 peratus) daripada 15 usahawan tidak lagi menjalankan perniagaan; kesemua 15 usahawan tidak membuat bayaran balik mengikut jadual; 10 usahawan (66.7 peratus) mempunyai tunggakan enam bulan ke atas, dan Tekun Nasional tidak mengeluarkan notis tuntutan (NOD) kepada usahawan ini.

“Menerusi analisis audit juga, keseluruhan dana program CBRM 2.0 iaitu RM50 juta sudah disalurkan kepada 4,075 usahawan dalam 2021.

“Namun data dikemuka Tekun Nasional pula menunjukkan pencapaian penyaluran pembiayaan CBRM 2.0 ialah RM49.86 juta dan disalurkan kepada 4,063 usahawan. Perbezaan yang dicatatkan berjumlah RM142,000 dan 12 usahawan,” katanya.

Bagi SPIN 2.0 pula, hasil semakan mendapati, enam (40 peratus) daripada 15 usahawan tidak lagi menjalankan perniagaan; kesemua 15 usahawan tidak membuat bayaran balik mengikut jadual; 11 usahawan (73.3 peratus) mempunyai tunggakan enam bulan ke atas, dan Tekun Nasional tidak mengeluarkan NOD kepada usahawan ini.

Sementara itu, bagi tiga lagi program pembiayaan, LKAN mendapati ia sudah disalurkan kepada usahawan melebihi peruntukan iaitu berjumlah RM189.13 juta.

Katanya, program itu adalah Tekun – Bumiputera, membabitkan penyaluran RM374.63 juta (187.3 peratus) dengan lebihan sebanyak RM174.63 juta; SPUMI, RM30.44 juta (152.2 peratus) dengan lebihan RM10.44 juta, Program Tekun Mobilepreneur 4.0 pula (melibatkan penyaluran) RM9.06 juta (181.2 peratus) dengan lebihan RM4.06 juta.

“Tekun Nasional telah menetapkan sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) penyaluran pembiayaan program Bumiputera bagi tahun 2021 ialah RM355 juta.

“Tekun Nasional memperuntukkan RM155 juta dana dalaman bagi program ini (Bumiputera) iaitu tambahan kepada RM200 juta yang diperuntukkan oleh MOF.

“Bagaimanapun, sumber tambahan penggunaan dana berjumlah RM19.63 juta tidak dapat dipastikan dan kelulusan penggunaan tambahan dana ini juga tidak dapat disahkan sekiranya telah diperoleh daripada Lembaga Amanah atau MOF atau KUSKOP,” katanya.

Bagi meningkatkan pengurusan dana dan aktiviti pembiayaan, Jabatan Audit Negara mengesyorkan Tekun Nasional mengelakkan kehilangan data dengan penyediaan pangkalan data sokongan dan menjalankan aktiviti penyalinan data secara berkala, serta pembangunan rancangan pemulihan bencana.

“Memastikan usahawan yang menerima pembiayaan Tekun Nasional mempunyai potensi meneruskan perniagaan, dan mempunyai sejarah rekod kredit yang baik untuk membuat bayaran balik.

“Meningkatkan usaha untuk mengutip bayaran balik mengikut tempoh ditetapkan melalui tindakan penguatkuasaan seperti lawatan ke rumah atau premis, pengeluaran NOD serta tindakan litigasi,” katanya. – 22 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related