Islam ajar kita toleransi, pekerja bukan Islam kerja di restoran Muslim tidak jejas status halal: Nik Nazmi

Kita juga mahu layanan sama seperti bos non-Muslim benar pekerja Islam solat, kata menteri

12:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pekerja bukan Islam yang bekerja di restoran milik orang Islam tidak menjejaskan status halal makanan di restoran terbabit, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, Islam mengajar umatnya akan toleransi malah selama ini negara berada dalam keadaan harmoni kerana menerima kepelbagaian rakyatnya.

“Pekerja non-Muslim bekerja di restoran milik orang Islam tak jejaskan status halal makanan. Islam ajar kita toleransi. Kita juga mahu layanan sama seperti bos non-Muslim benar pekerja Islam solat.

“Selama ini negara ini harmoni kerana menerima kepelbagaian kita,’’ katanya menerusi platform X, atau dulunya dikenali sebagai Twitter.

Meskipun beliau tidak merujuk kepada mana-mana isu, namun baru-baru ini kecoh di media sosial susulan tindakan majikan di sebuah restoran Cina Muslim di sini yang memecat seorang pekerjanya kerana memakai tanda salib.

Tindakan majikan di Mon Chinese Beef Roti di Bukit Bintang itu mendapat kecaman ramai dan disifatkan sebagai diskriminasi.

Malah Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor turut menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak selari dengan ajaran Islam.

“Islam mengajar umatnya supaya berbuat baik kepada semua manusia walaupun berbeza agama.

“Malah umat Islam dikehendaki juga membuat baik kepada haiwan seperti yang disebut di dalam beberapa hadis,’’ katanya kepada Scoop.

Isu itu turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran yang membangkitkan kebimbangan berhubung insiden tersebut.

Beliau berkata, isu agama dan kaum akan menjadi isu yang besar sekiranya tindakan segera tidak diambil oleh pihak yang berkenaan.

Kulasegaran juga mahu kementerian yang terbabit menangani segera insiden yang berlaku di Mon Chinese Beef Roti di Bukit Bintang itu.

Sementara Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii mengecam keras pemecatan pekerja terbabit dan menganggap ia sebagai ‘diskriminasi’, bertentangan dengan undang-undang dan cabaran kepada kebebasan beragaman di negara ini.

Menurut Dr Yii, tiada asas untuk undang-undang untuk menghalang orang bukan Islam daripada menyebabkan makanan halal apabila semua syarat ketat dan prosedur operasi standard dipatuhi.

“Restoran itu sepatutnya mengeluarkan kenyataan bahawa semua garis panduan penyediaan makanan halal dipatuhi dengan tegas,’’ katanya yang dipetik dari Borneo Post Online. – 22 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related