Setahun terajui negara, Anwar bukti komitmen penuhi aspirasi rakyat Sarawak

Perdana Menteri yang kerap mengadakan lawatan ke Sarawak dalam tempoh setahun lepas, mencerminkan kesungguhan Anwar untuk memahami aspirasi dan masalah rakyat

9:47 AM MYT

 

KUCHING – Keputusan yang dibuat oleh Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk bekerjasama dengan “lawan politik” Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada November tahun lepas, benar-benar mengejutkan kebanyakan rakyat Sarawak.

Malah beberapa pemimpin GPS amat meraguinya.

Bagaimanapun, setelah setahun memerintah, Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri dan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan kedua-dua pakatan yang tidak sehaluan sebelum ini kini mampu bekerjasama untuk kepentingan rakyat termasuk rakyat Sarawak.

Datuk Jeniri Amir berkata, Perdana Menteri yang kerap mengadakan lawatan ke Sarawak dalam tempoh setahun lepas, mencerminkan kesungguhan Anwar untuk memahami aspirasi dan masalah rakyat. – Gambar Bernama, 22 November, 2023

“Saya rasa Anwar sangat komited dalam usaha memenuhi aspirasi dan keperluan rakyat Sarawak,” kata Felow Kanan Majlis Profesor Negara Datuk Dr Jeniri Amir kepada Bernama.

Beliau menyenaraikan beberapa keputusan besar yang dibuat Anwar dalam tempoh setahun menjadi Perdana Menteri ke-10 Malaysia untuk ‘menawan’ rakyat Sarawak.

“Contoh yang baik saya rasa ialah memberi RM300 juta geran interim khas untuk Sarawak (bagi mematuhi Perjanjian Malaysia 1963), yang saya fikir telah disemak hampir 19 kali (oleh kerajaan pimpinan Anwar),” katanya.

Jeniri berkata keputusan membenarkan kerajaan Sarawak dan Sabah melaksanakan projek persekutuan bernilai RM50 juta dan ke bawah adalah sebagai langkah ikhlas untuk mempercepatkan penyiapan projek itu.

“Anwar menyedari kepentingan Sabah dan Sarawak dalam Kerajaan Perpaduan dan kepentingan untuk merancakkan pembangunan Sabah dan Sarawak. Sudah pasti ini akan mengurangkan segala kerenah birokrasi,” katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri yang kerap mengadakan lawatan ke Sarawak dalam tempoh setahun lepas, mencerminkan kesungguhan Anwar untuk memahami aspirasi dan masalah rakyat.

Awang Azman Awang Pawi berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa era baharu hubungan dengan Sarawak selepas terbentuk Kerajaan Perpaduan. – Gambar Bernama, 22 November, 2023

Sementara itu, penganalisis sosiopolitik dari Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata keputusan Anwar untuk melantik Timbalan Perdana Menteri (TPM) dari Sarawak adalah suatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“TPM (Timbalan Perdana Menteri) dari Sarawak bermakna manfaat dan pembaharuan pendekatan dari kaca mata Sarawak akan lebih dekat, difahami dan lebih langsung kepada  pentadbiran PM tidak seperti dahulu tanpa jawatan TPM dari Sarawak,” katanya.

Awang Azman berkata keterbukaan Anwar untuk “mendengar dan memenuhi” permintaan rakyat Sarawak dan Sabah dalam surat dan petisyen mereka kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah semasa lawatan Seri Paduka ke kedua-dua negeri itu, juga terbukti apabila setiap surat dan petisyen telah ditangani dengan sewajarnya.

Beliau berkata Perdana Menteri juga telah menunjukkan keyakinan penuh terhadap Sarawak di bawah pimpinan Abang Johari dan Sabah di bawah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Nor dengan membenarkan kedua-dua negeri itu melaksanakan projek persekutuan bernilai RM50 juta dan ke bawah.

“Ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana pentadbiran terdahulu. Kepercayaan ini jelas bagi memastikan keputusan segera dapat dibuat tanpa perlu kata putus peringkat Persekutuan,” katanya.

Mengenai Perjanjian Malaysia 1963, beliau berkata pendirian Anwar adalah jelas dan tegas apabila menyatakan perkara dalam perjanjian itu bukan untuk dirundingkan tetapi perlu dilaksanakan.

“Anwar membawa era baharu hubungan dengan Sarawak selepas terbentuk Kerajaan Perpaduan. Komitmen Sarawak diberikan pengiktirafan tinggi bagi memastikan pembangunan negeri Sarawak lebih berimpak tinggi dan berganda,” katanya. – 22 November, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Pramugari MAS meninggal dunia di Jepun

Punca kematian masih belum disahkan, namun laporan yang belum disahkan daripada komuniti kru MH menyatakan dia mungkin terjatuh ketika bersiap untuk penerbangan pulang.

Related