Belum ada keputusan wajib lesenkan TikTok Shop, 96 peratus e-vendor dari Malaysia: KKD

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kementeriannya tiada perancangan bagi mengawal selia TikTok Shop sebagaimana dilakukan di Indonesia

2:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) belum membuat sebarang keputusan untuk mewajibkan pendaftaran pelesenan platform e-dagang, TikTok Shop.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, hasil daripada mesyuarat dengan TikTok menunjukkan 96 peratus penjual di platform e-dagang itu dari Malaysia.

“Jadi maksudnya hanya empat peratus dari luar negara. Bukan sahaja TikTok Shop (e-vendor) boleh dapat pendapatan, tapi content creator (affiliated) yang membantu sesuatu kedai untuk promote (promosi) produk mereka.

“Jadi setakat ini KKD belum buat apa-apa keputusan mengenainya. Ini satu perkara yang kami akan bincangkan dengan kementerian lain berkaitan seperti KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup),” katanya ketika sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Nie Ching menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid berhubung mekanisme bagi melesenkan penyedia platform besar seperti TikTok Shop.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mengaut keuntungan bukanlah matlamat utama kerajaan sekiranya langkah pelesenan terhadap TikTok Shop dan penyedia platform Google (Meta) dilaksanakan.

Sebaliknya, katanya, ia sebagai langkah situasi menang-menang untuk penyedia platform serta organisasi media yang bergantung kepada pendapatan pengiklanan menerusi platform penyedia tersebut.

“Saya nak tegaskan di sini apabila (sekiranya) kita nak mewajibkan pelesenan, hasratnya bukan untuk mendapatkan keuntungan. Organisasi media boleh mulakan perbincangan dengan tech giant tersebut (Google, Meta, TikTok) supaya mereka boleh cari satu formula sesuai agar pendapatan pengiklanan itu boleh dikongsikan.

“Ini juga formula yang digunapakai di Taiwan. (Malah) Maklum balas daripada penyedia platform, saya rasa kebanyakan mereka tidak suka atau tidak akan sokong idea untuk buat pendaftaran. Jadi saya percaya mereka nak cari cara lain untuk penuhi permintaan daripada sesebuah kerajaan,” katanya.

Pada 4 Oktober lalu TikTok Shop menghentikan perkhidmatannya di Indonesia secara rasmi.

Keputusan itu dibuat bagi mematuhi peraturan baharu yang dikuatkuasakan oleh pemerintah republik itu untuk melindungi perniagaan tempatan.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kementeriannya tiada perancangan bagi mengawal selia TikTok Shop sebagaimana dilakukan di Indonesia, sebaliknya sedang meneliti untuk mendaftarkan platform media sosial dalam talian. – 21 November,2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related