Jurutera teknologi maklumat mengaku tidak bersalah buat hantaran jelik hina Islam

Lelaki tersebut didakwa menghantar komunikasi jelik yang menghina agama Islam berhubung isu homoseksual di Facebooknya, Januari lalu

1:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang jurutera teknologi maklumat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik yang menghina agama Islam berhubung isu homoseksual di Facebooknya, Januari lalu.

Ahmad Feisal Mohd Kamil, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di akaun Facebook ‘Feisal Kamil’ pada 12.17 tengah hari, 10 Januari lalu.

Pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ di Wangsa Maju pada pukul 1.45 tengah hari, 12 Januari.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan OKS dilarang membuat sebarang hantaran sehingga kes selesai.

Peguam Muhammad Sufyan Wafiq Mohd Zainal mewakili Ahmad Feisal memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya penanggung tunggal keluarga.

“Anak guam saya mempunyai masalah kewangan selepas ditipu semasa menguruskan penempatan anaknya yang belajar di Perancis.

“Berikutan kejadian itu, anak guam saya mengalami kerugian RM10,000 dan terpaksa menggunakan wang simpanan untuk membayar kos perbelanjaan anaknya di negara itu,” katanya.

Hakim N. Priscilla Hemamalini membenarkan OKS diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Disember depan untuk sebutan semula kes. – 21 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petros accuses Petronas of strong-arm tactics in blocking Sarawak’s gas rights

Court documents reveal claims of dominance abuse and interference with the state’s sole gas aggregator role

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

[UPDATED] Batu Puteh RCI recommends criminal probe into Dr Mahathir

The RCI found that he did not involve the cabinet when informing Singapore that Malaysia will not pursue the ICJ's decision on the islet

Related