Pecat pekerja pakai salib tidak selari ajaran Islam: Mufti Pulau Pinang

Sebuah restoran Cina Muslim sebelum ini dikecam kerana memecat seorang pekerjanya selepas video lelaki itu memakai salib di tempat kerja tular di media sosial

10:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tindakan majikan di sebuah restoran Cina Muslim di sini yang memecat seorang pekerjanya kerana memakai tanda salib, seperti tular di media sosial adalah tidak selari dengan ajaran Islam.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, Islam mengajar umatnya supaya berbuat baik kepada semua manusia walaupun berbeza agama.

“Malah umat Islam dikehendaki juga membuat baik kepada haiwan seperti yang disebut di dalam beberapa hadis.

“Justeru saya menasihatkan umat Islam supaya menjaga imej agama,’’ katanya kepada Scoop hari ini.

Baru-baru ini, sebuah restoran Cina Muslim telah dikecam kerana memecat seorang pekerjanya selepas video lelaki itu memakai salib di tempat kerja, telah tular di media sosial.

Susulan itu, Pengurus Restoran Mon Chinese Beef Roti yang dikenali sebagai Sofia, yang dipetik Berita Harian memohon maaf kepada pihak tersinggung melihat lelaki memakai salib itu dan tidak selesa menonton video terbabit.

Bagaimanapun tidak diketahui bila pekerja tersebut dipecat.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, kebanyakan orang bukan Islam tidak membaca buku untuk memahami ajaran Islam.

Mereka ini lazimnya, kata beliau, melihat tingkah laku dan tindak tanduk para penganut Islam.
“Jika umat Islam berkelakuan buruk maka ini memberi gambaran buruk terhadap agama mereka, begitu juga sebaliknya.

“Maka adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim memaparkan kelakuan yang baik bagi meyakinkan orang bukan Islam tentang kebaikan agama suci ini sebagai pembawa misi rahmat kepada semesta alam,’’ katanya. – 20 November, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related