Bekas KP J-Kom, Agus dedahkan identiti ‘Mr H’ pada polis

Agus telah mendedahkan identiti 'Mr H' kepada polis dan menyerahkan siasatan lanjut kepada pihak polis

6:03 PM MYT

 

KAJANG – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Mohammad Agus Yusoff telah mendedahkan identiti ‘Mr H’ kepada polis dan menyerahkan siasatan lanjut kepada pihak polis.

Agus memberi keterangan hampir tiga jam di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang hari ini berhubung video kontroversi perbualan lucah dalam video yang tular dan mirip dirinya serta Penolong Pegawai J-Kom, Abdul Wahab Kadir Jilani.

“Saya sudah berjumpa pegawai penyiasat dan selesai diambil keterangan.

“Saya sudah dedahkan siapa Mr. H dan serahkan kepada pihak polis untuk buat siasatan lanjut,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau turut ditemani dua peguamnya, Faizal Abd Rahman dan Zaflee Pawanteh. Mereka tiba di IPD Kajang pada jam 2.05 petang tadi dan keluar dari balai tersebut kira-kira 5.30 petang.

Datuk Mohammad Agus Yusoff memberikan sidang media di luar IPD Kajang, hari ini. – Azim Rahman, Scoop, 20 November, 2023

Sebelum ini tular video berdurasi tiga minit menerusi media sosial yang memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Agus dengan Wahab.

Agus juga pada sidang medianya di sebuah hotel di Bangi, sebelum ini mendakwa video itu disunting dan laporan polis berhubung perkara berkenaan sudah dibuat.

Dalam pada itu, bimbang akan keselamatan diri dan keluarga, Agus turut membuat laporan polis terhadap penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin susulan penularan video TikTok pagi tadi yang mendedahkan maklumat peribadi berkaitan dirinya dan keluarga.

“Saya buat laporan polis terhadap Raja Petra Kamarudin berhubung (video) TikTok yang tular pagi ini.

“Dalam video itu mengandungi (info) laporan polis awal (yang dibuatnya), terdedah maklumat peribadi dan itu membahayakan keselamatan diri serta keluarga saya,” katanya. – 20 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-tahun-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Cyberbullying: a deadly trend in Malaysia demanding urgent action – Syerleena Abdul Rashid

With tragic suicides linked to online harassment, there is urgent need for stronger laws, increased penalties to combat this menace effectively

Related