Bahan letupan tercicir, orang ramai diminta beri maklumat

Polis menerima laporan pada pukul 10.28 malam Selasa lalu daripada seorang lelaki yang mengesyaki bahan letupan terbabit telah tercicir ketika dalam perjalanan untuk dihantar ke kuari di kawasan Puchong.

10:55 PM MYT

 

SHAH ALAM – Sebuah kotak berisi bahan letupan dipercayai tercicir dari sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor@Saleh berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 10.28 malam hari kejadian daripada lelaki berusia 28 tahun itu yang mengesyaki bahan letupan terbabit telah tercicir ketika dalam perjalanan untuk dihantar ke kuari di kawasan Puchong.

“Semasa pengadu dan rakannya berada di jalan Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang, pengadu perasan terdapat kenderaan dari belakang memberi lampu isyarat yang mengatakan bonet Nissan Navara yang dinaiki mereka terbuka,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, pengadu kemudian memberhentikan kenderaan dan menutup semula bonet itu tanpa mengesyaki ada barang yang tercicir kerana keadaan lalu lintas agak sibuk serta berbahaya.

“Pada 8.25 pagi, pengadu bersama rakannya telah sampai ke lokasi dan semasa menurunkan barang, pengadu mendapati sekotak bahan letupan jenis cast booster 400GMS berkurangan dan telah memeriksa jalan yang dilalui tetapi tidak menjumpai kotak tersebut,” katanya.

Ahmad Ridhwan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana kelakuan cuai membabitkan bahan letupan dan orang awam yang mempunyai maklumat atau menjumpai bahan terbabit diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Zulfadzly di talian 016-412 3834. – 19 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related