Tanding PRK Parlimen Kemaman, Samsuri tak perlu letak jawatan MB

Memegang dua jawatan tersebut tidak salah bagi politik Malaysia dan ia adalah amalan demokratik

3:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tiada keperluan untuk Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Malah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, beliau sendiri pernah menjadi Menteri Besar Terengganu dan Ahli Parlimen.

Ujar Hadi yang kini Ahli Parlimen Marang, memegang dua jawatan tersebut tidak salah bagi politik Malaysia dan ia adalah amalan demokratik.

Hadi menjadi Menteri Besar selama satu penggal antara 1999 dan 2004 sebelum Barisan Nasional (BN) merampasnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2004.

“Biar saya ulaslah. Berapa Menteri (Besar) jadi Ahli Parlimen? Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang. Saya pun pernah menjadi Menteri Besar.

“(Jadi) tak perlu (letak jawatan). Akan lihat perubahan politik akan berlaku. Insya-Allah,’’ katanya pada sidang media selepas proses penamaan calon PRK Kemaman pada 2 Disember ini.

PRK Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan calon Barisan Nasional (BN), bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Hadi mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said yang mencabar Samsuri meletak jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau betul-betul Ikhlas mahu mewakili dan berkhidmat untuk penduduk Kemaman sebagai Ahli Parlimen.

“Dalam system Westminster, memilih calon yang tidak memberi perkhidmatan sebab beliau (selalu) di luar kawasan, yang rugi adalah orang di kawasan itu.

“Kalau beliau yakin, saya nak cabar beliau hari ini letak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu, fokus kepada Parlimen Kemaman, lawan satu dengan satu, baru adil,’’ katanya. – 18 November, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related