Video aib: Wanita PKR gesa pihak berkuasa ambil tindakan

'Saya sangat dukacita dengan penyebaran video tersebut dan percaya penyebaran video itu dilakukan oleh pihak tertentu yang bermotifkan politik' : Rozy

12:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pihak berkuasa digesa menyiasat penyebaran rakaman ‘panggilan video’ antara dua individu yang sangat mengaibkan.

Exco Wanita PKR, Rozy Razit tanpa menuding jari menyalahkan mana-mana pihak telah menyuarakan dukacita dengan penyebaran video tersebut yang bermotifkan politik.

“Sementara saya tidak bermaksud menuding jari menyalahkan mana-mana pihak, saya sangat dukacita dengan penyebaran video tersebut.

“Saya percaya penyebaran video itu dilakukan oleh pihak tertentu yang bermotifkan politik bertujuan mendatangkan ketidaksenangan kepada Kerajaan Perpaduan,’’ katanya menerusi kenyataan media.

Beberapa tahun lalu, katanya, pernah tersebar video yang kononnya membabitkan pemimpin tertentu yang kemudiannya didiamkan begitu sahaja sehingga kini.

“Saya menyeru kepada semua pihak untuk memberhentikan penyebaran video seumpama ini dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,’’ katanya. – 17 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related