Jadikan bacaan doa sebelum berlepas sebahagian dasar penerbangan patuh syariah

Ini termasuk pemakluman waktu solat, selain memberi kebebasan kepada pekerja perempuan untuk menutup aurat

3:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadangkan agar menjadikan amalan bacaan doa sebelum berlepas sebagai sebahagian daripada dasar patuh syariah untuk syarikat penerbangan di negara ini.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd. Kadir berkata, Kementerian Pengangkutan pada Mac lalu secara terbuka menerima cadangan Ahli Parlimen untuk melaksanakan penerbangan patuh syariah, tetapi ia boleh dijalankan secara bebas oleh syarikat penerbangan.

“Justeru, saya mencadangkan agar satu standard polisi dicadangkan kepada syarikat penerbangan seperti bacaan doa sebelum memulakan penerbangan.

“Ini termasuk pemakluman waktu solat, selain memberi kebebasan kepada pekerja perempuan untuk menutup aurat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada Mac lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, beliau bersikap terbuka tanpa halangan terhadap syarikat penerbangan di negara ini yang mahu membangunkan modul pematuhan syariah.

Katanya, ia terpulang kepada syarikat penerbangan yang mahu mengguna pakai pendekatan terbabit bagi operasi mereka.

Pada 2018, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff pernah membangkitkan soalan di Dewan Rakyat mengenai pakaian seragam pramugari yang dianggapnya mencolok mata.

“Menutup aurat ini satu perintah dalam Islam, itu kewajipan dalam Islam.

“Setiap orang muslim wajib tutup aurat. Ini bukan perintah kerajaan, ini perintah Allah yang menciptakan kita manusia. Jadi saya tegur, sebab pakaian pramugari memang semua masyarakat tidak setuju, ia mencolok mata,” katanya.

Anthony yang menerajui Kementerian Pengangkutan ketika itu berkata, setiap syarikat penerbangan bebas memilih pakaian korporat masing-masing. – 16 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related