Sistem PADU ambil kira 120 pemboleh ubah lain, beri gambaran lebih adil: Rafizi

Sistem tersebut diperkenalkan kerana terdapat beberapa kelemahan dengan pendekatan digunapakai kerajaan sebelum ini

12:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) diwujudkan kerana terdapat beberapa kelemahan dengan pendekatan digunapakai kerajaan terdahulu yang menjadikan pendapatan semata-mata dalam menentukan golongan isi rumah.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kaedah sebelum ini juga tidak mengambil kira pemboleh ubah lain termasuk tanggungan dalam keluarga dan juga lokasi kerana kos sara hidup berbeza-beza mengikut kawasan.

“Ini termasuklah juga subsidi petrol dan diesel secara bersasar, (perlu mengambil kira) pertimbangan jarak dan sebagainya. Jadi sebab itu pendekatan sebelum ini dilihat melalui pendapatan dan diukur kepada garis pendapatan B40, M40 maka bantuan diberikan begitu.

“Sebab itu, tindakan pertama kita wujudkan PADU. Dengan kemajuan teknologi dan saiz data yang ada sekarang, ia membolehkan kerajaan mengumpul lebih banyak maklumat yang ada,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Hasan Baharom yang ingin mengetahui sama ada kerajaan berhasrat menyemak semula kategori kumpulan pendapatan isi rumah B40, M40 dan T20, selain memperkenalkan beberapa sub kumpulan pendapatan secara lebih terperinci bagi memudahkan penyampaian sebarang bentuk bantuan.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sistem PADU yang dijangka sedia digunakan secara berperingkat bermula Januari tahun depan mempunyai sehingga 120 pemboleh ubah yang digunakan untuk menentukan setiap isi rumah.

Katanya, menerusi keadah itu juga, kategori kumpulan pendapatan ditentukan menggunakan pendekatan perbelanjaan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah, bukan hanya pendapatan semata-mata.

“(Kita) Melihat kepada pendapatan, ditolak tanggungan dan diambil kira pemboleh ubah lain termasuk jarak dan lokasi termasuklah harta. Pada pandangan kerajaan, ia akan memberi gambaran lebih adil.

“Apabila kita sudah ada taburan pendapatan boleh belanja bersih ini, maka kaedahnya sama, lihat taburan setiap isi rumah. Selepas itu, kerajaan boleh memastikan penyasaran bantuan khusus kepada kumpulan tertentu dengan kaedah lebih kompleks berbanding sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, Rafizi memaklumkan sistem PADU dijangka melalui tempoh percubaan mulai bulan ini sebelum dibuka kepada orang ramai pada Januari 2024 untuk kegunaan pengesahan maklumat peribadi.

Katanya, setakat ini, proses pembangunan sistem PADU yang menggabungkan maklumat sosioekonomi bagi setiap isi rumah rakyat Malaysia berjalan lancar mengikut garis masa dirancang.

Pada 15 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju menubuhkan PADU untuk menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah di negara ini bagi memperkemas pelaksanaan subsidi bersasar. – 16 November, 2023

Topics

Hangat

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Buddhist leader urges calm, constructive actions following offensive football fan posts

He acknowledges that posts were unkind, unprofessional, but no plans to lodge additional police reports

Related