Cadangan penggubalan Enakmen Pendaftaran Petani dipersetujui, elak ketirisan pemberian bantuan:  KPKM

Persetujuan itu dicapai menerusi mesyuarat Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu dengan exco-exco pertanian negeri semalam

10:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersetuju dengan cadangan penggubalan Enakmen Pendaftaran Petani bagi menyediakan satu pangkalan data yang merekodkan dan mendaftarkan golongan terbabit di negara ini.

KPKM menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, persetujuan itu dicapai menerusi mesyuarat Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu dengan exco-exco pertanian negeri yang diadakan secara hibrid semalam.

“Melalui usaha ini, kerja-kerja untuk mengenalpasti bilangan sebenar petani yang terlibat dalam sektor pertanian dapat memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan dan insentif kepada golongan itu.

“Selain itu, ianya juga dapat dijadikan rujukan semua pihak khususnya dalam merancang pembangunan sektor agromakanan serta mengelakkan berlaku ketirisan dalam pemberian bantuan kepada petani,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Mohamad itu turut dihadiri Timbalannya, Datuk Chan Foong Hin, exco pertanian dari 13 negeri, wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), pegawai kanan, ketua jabatan dan agensi KPKM.

Mengulas lanjut, KPKM berkata, kertas pertimbangan yang dibentangkan dalam mesyuarat itu adalah mengenai Cadangan Pewujudan Kawasan Khusus Pertanian Organik di peringkat negeri.

“Pewujudan kawasan yang dicadangkan ini selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN2.0), Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (Pelan Tindakan DSMN) 2021-2025 serta Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDGs).

“Ia sebagaimana pertanian organik adalah salah satu aktiviti yang diberi tumpuan dalam menangani cabaran global yang kritikal melalui amalan mesra alam serta keselamatan kepada pengguna,” katanya.

Selain itu, KPKM berkata, mesyuarat tersebut mengambil maklum Inisiatif Pengukuhan Data Sektor Pertanian dan Agromakanan yang memerlukan sokongan tadbir urus data dari kerajaan negeri  untuk memastikan data pertanian yang terkini dan reliable (sahih) merentas masa.

“Mesyuarat turut mengambil maklum akan Pelaksanaan Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) serta Cadangan Memperkukuh Industri Penternakan Ayam Untuk Keterjaminan Makanan Negara melalui Garis Panduan Perancangan Ladang Penternakan Ayam yang disediakan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).

“Turut diketengahkan situasi bekalan beras dan benih padi negara serta status pelaksanaan Jualan Agro Madani menjadi salah satu wadah yang sangat signifikan dalam mendokong hasrat kerajaan bagi menstruktur semula ekonomi dan menyediakan kehidupan yang berkualiti kepada rakyat,” katanya. – 16 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related