Kempen #WearGreenForPalestine penuhi media sosial, tanda solidariti pada Palestin

Warna hijau dianggap sebagai warna yang melambangkan harmoni malah bendera Palestin juga mempunyai warna hijau

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Media sosial hari ini dipenuhi dengan gambar-gambar rakyat Malaysia yang memakai warna hijau, iaitu sebagai tanda solidariti kepada Palestin.

Kempen #WearGreenForPalestine memenuhi platform media sosial. Warna hijau dianggap sebagai warna yang melambangkan keharmonian malah bendera Palestin juga mempunyai warna hijau.

‘’From the River To The Sea, Palestine will be free’ turut dimasukkan di dalam kapsyen mereka berserta gambar-gambar pakaian berwarna hijau.

Turut serta dalam kempen ini ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Mara, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki.

“Hari ini juga bersolidariti bersama Palestin dengan berpakaian hijau. Jangan berhenti berdoa agar Allah pelihara anak kecil, wanita, ibu dan ayah di Gaza, berikan kemenangan buat rakyat Palestine dan Hancurkan Zionis Israel,’’ kata Asyraf.

Selain itu, tarikh 15 November dipilih sebagai memperingati Deklarasi Kemerdekaan Palestin pada 15 November 1988 di mana pengumuman mengenainya dibuat oleh pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Yasser Arafat.

Pengumuman itu dibuat di Algiers, Algeria.

Sementara itu, Al-Jazeera melaporkan ambulans tidak lagi beroperasi di bandar Gaza berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hal Ehwal Kemanusiaan (UN OCHA) pada Selasa.

Ia juga melaporkan sekurang-kurangnya 11,078 rakyat Palestin telah terkorban dalam serangan ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu, berdasarkan kepada tarikh akhir yang dikeluarkan ada minggu lepas.

Sementara 2,700 orang, termasuk 1,500 kanak-kanak dipercayai terperangkap di bawah runtuhan, termasuk meninggal dunia atau menunggu untuk diselamatkan.

Pada Selasa juga, Amerika Syarikat dan United Kingdom mengumumkan sekatan terbaharu ke atas Hamas dan sebahagian pemimpinnya untuk menyekat dana kumpulan itu. – 15 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related