Ibu 5 anak disamun, dirogol sebelum dibunuh

Mangsa ditemukan dengan kesan hentakan objek tumpul di bahagian kepala dan kesan kelar di bahagian leher

11:29 PM MYT

 

LAHAD DATU — Seorang ibu kepada lima anak ditemukan mati dalam keadaan separuh bogel dipercayai disamun dan dirogol di kawasan semak kebun pisang di Kampung Pisang dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Rohan Shah Ahmad berkata mangsa warga asing berusia 36 tahun dan bekerja sebagai penebar roti canai di sebuah restoran itu ditemukan dengan kesan hentakan objek tumpul di bahagian kepala dan kesan kelar oleh senjata tajam di bahagian leher.

“Berdasarkan siasatan, mangsa keluar bekerja pada jam 6.15 pagi tadi, namun selepas itu majikan menghubungi keluarga mangsa untuk mengetahui keberadaan mangsa kerana tidak sampai ke tempat kerja.

“Keluarga mangsa yang berasa curiga, berusaha mencari mangsa di kawasan laluan rutin mangsa sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak bernyawa di kawasan semak,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Rohan Syah berkata polis bahagian siasatan jenayah di sini yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian turut menemukan kesan air mani pada bahagian kemaluan mangsa selain barang termasuk telefon bimbit dan wang tunai mangsa didapati hilang.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat dan polis sedang mengesan suspek dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan supaya membantu siasatan dengan menghubungi balai bolis terdekat atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di IPD Lahad Datu, ASP Kharuddin Husain di talian 013-9071709. – 14 November, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related