Farhash mahu saman, lapor polis terhadap Wan Ahmad Fayhsal

Saya sudah lama tidak terbabit dengan kancah politik dan kini hanya menjalankan kehidupan sebagai ahli perniagaan: Farhash

8:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador menafikan sekeras-kerasnya tuduhan beliau terbabit dalam gerakan menarik sokongan Ahli Parlimen pembangkang menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

Susulan itu, beliau berkata, satu laporan polis akan dibuat terhadap Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selepas mengaitkan beliau dengan usaha menarik sokongan tersebut.

“Saya sudah lama tidak terbabit dengan kancah politik dan kini hanya menjalankan kehidupan sebagai ahli perniagaan.

“Saya tidak faham mengapa Wan Ahmad Fayhsal melontarkan fitnah sedemikian terhadap saya dengan niat untuk menjatuhkan reputasi dan kehormatan diri saya, demi kepentingan politik beliau.

“Disebabkan oleh kenyataan dan tuduhan fitnah yang dilontarkan terhadap saya, saya akan membuat laporan polis supaya siasatan dan tindakan lanjut diambil oleh pihak polis terhadapnya.

“Saya juga merizabkan hak saya untuk memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wan Ahmad Fayhsal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal pada sidang media di Parlimen mendakwa dua individu dikenal pasti menarik Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong Perdana Menteri.

Beliau menamakan Farhash dan seorang individu lain yang digelar ‘datuk botak’ sebagai bertanggungjawab menarik Ahli Parlimen pembangkang menyokong Kerajaan Perpaduan.

Katanya, peranan dua individu tersebut didedahkan dalam satu video yang kini tular di Facebook dan TikTok.

Sebelum ini, empat Ahli Parlimen Bersatu mengisytihar sokongan kepada Anwar iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) – 14 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related