Kerajaan tidak cadang gubal akta khusus berkaitan 3R, akta sedia ada mencukupi

Sebanyak 960 kes dibuka di bawah Akta Hasutan 1948 sekali gus membuktikan kerajaan telus dan tidak mengambil tindakan sewenang-wenangnya kepada mana-mana pihak

3:39 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang menggubal akta khusus berkaitan dengan isu 3R (bangsa, agama dan institusi raja), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.
Ini kerana, katanya, akta sedia ada sudah mencukupi bagi tujuan kawal selia.

Beliau juga memaklumkan, sebanyak 60 daripada 104 kertas siasatan membabitkan isu 3R sudah diselesaikan.

“Baki 44 kes lagi masih dalam siasatan,’’ katanya dalam sesi waktu pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang menggubal undang-undang khusus berkaitan 3R itu.

Takiyuddin turut bertanya soalan tambahan meminta Shamsul Anuar memaklumkan status terkini 104 kertas siasatan dibuka polis membabitkan isu 3R.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar memberitahu hanya 19 kes dituduh mengikut Akta Hasutan 1948 sejak 2010 hingga September lalu.

Beliau berkata, secara keseluruhan sebanyak 960 kes dibuka di bawah akta itu dalam tempoh sama sekali gus membuktikan kerajaan telus dan tidak mengambil tindakan sewenang-wenangnya kepada mana-mana pihak.

“Tindakan diambil berdasarkan undang-undang sedia ada yang mana menunjukkan kita telus dan bertanggungjawab ke atas perkara tersebut,” katanya. – 14 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related