Berat badan susut, Siti Bainun kata saya sihat, rayuan ditangguh ke tahun depan

Hakim Datuk Noorin Badaruddin menetapkan pendengaran rayuan pengasas Rumah Bonda itu terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun pada 30 Januari depan

2:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendengaran rayuan Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi di sini terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan ke 30 Januari depan.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin menetapkan tarikh itu selepas peguam Haijan Omar mewakili Siti Bainun, pengasas Rumah Bonda, memohon penangguhan berikutan nota keterangan saksi pembelaan kelapan belum lengkap.

“Pihak kami mohon pendengaran hari ini ditangguhkan dan mohon satu tarikh lain bagi pengurusan kes seterusnya,” kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad tidak membantah perkara itu.

Hakim Noorin juga menetapkan 7 Disember ini untuk pengurusan kes.

Ketika ditanya media selepas prosiding, sama ada dia sihat, Siti Bainun yang memakai jubah berwarna merah jambu dan dilihat semakin susut berbanding sebelum ini, dengan ringkas menjawab; “saya sihat”.

Pada 23 Mei lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Siti Bainun agar pelaksanaan hukuman penjara terhadapnya ditangguhkan selepas mendapati tiada keadaan khas atau luar biasa untuk berbuat demikian.

Siti Bainun, 31, diarah menjalani hukuman penjara serta-merta selepas Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi, pada 3 Mei lepas, menolak permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.

Dia dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman itu.

Siti Bainun, yang didapati bersalah melakukan perbuatan itu ke atas Bella, 13, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021, turut diperintah menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.

Wanita itu juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara. – 14 November, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related