Buat laporan polis, kita akan siasat: Saifuddin

Menurutnya, tiada laporan diterima berhubung dakwaan wujud unsur hasutan, rasuah dan ugutan susulan tindakan Ahli Parlimen pembangkang mengisytiharkan sokongan kepada Anwar

12:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini bermula panas apabila Ahli Parlimen pembangkang mendedahkan satu laporan polis sudah dibuat berhubung dakwaan rasuah di sebalik keputusan beberapa wakil rakyat Bersatu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Tambun-PH).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution (Senator-PH) pada mulanya berkata, setakat pagi ini, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum menerima sebarang laporan berhubung dakwaan wujud unsur hasutan, rasuah dan ugutan berkaitan Ahli Parlimen pembangkang menyatakan sokongan kepada Anwar.

“Ada suara di luar berkata ini dan itu, tetapi realitinya sehingga kini, tiada satu pun laporan dibuat kepada polis atau SPRM mengenai dakwaan wujud unsur ugutan dan rasuah untuk Ahli Parlimen menyokong (Anwar),” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Onn Abu Bakar (Batu Pahat-PH) semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebagai reaksi balas, Ahli Parlimen pembangkang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang-PN) berkata, Armada Bersatu sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu pada tengah malam, semalam.

“Saya ingin membetulkan menteri. Pemuda Bersatu sebenarnya telah membuat laporan polis mengenai tekanan yang diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong perdana menteri.

“Ini bukan cakap kosong atau fitnah, kami ada bukti,” katanya sambil menambah laporan kepada SPRM akan dibuat selepas ini.

Menjawab kenyataan Wan Fayhsal, Saifuddin secara berseloroh mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen pembangkang kerana membuat laporan polis tengah malam tadi, dengan menyatakan bahawa penerimaan polis terhadap laporan itu adalah bukti profesionalisme mereka.

“(Laporan oleh Pemuda Bersatu) tidak menjadi masalah, ia tidak mengubah apa-apa,” kata Saifuddin, sambil menegaskan bahawa kerajaan secara konsisten menggalakkan mereka yang mempunyai maklumat mengenai dakwaan salah laku untuk membuat aduan rasmi berhubung perkara itu.

Saifuddin juga membuat andaian bahawa Ahli Parlimen pembangkang yang memutuskan untuk menyokong kepimpinan Anwar, mungkin disebabkan keyakinan mereka terhadap kepimpinan Anwar yang berjaya memastikan kestabilan politik sambil bekerja keras untuk meningkatkan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat.

Pada Jumaat, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu akan membuat laporan polis dan SPRM berhubung dakwaan wujudnya unsur rasuah dan ugutan susulan tindakan beberapa Ahli Parlimennya menyuarakan sokongan kepada Anwar.

Setakat hari ini, empat Ahli Parlimen Bersatu iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar-PN), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan-PN), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang-PN) dan Zahari Kechik (Jeli-PN) menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan Anwar.

Iskandar dan Suhaili masing-masing digantung keahliannya selama empat dan enam tahun oleh lembaga disiplin parti.

Keempat-empat Ahli Parlimen itu berkata, mereka memutuskan untuk mengalih sokongan kepada Anwar selepas mengambil kira kebajikan pengundi di kawasan masing-masing.  – 14 November 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related