3 maut kereta rempuh lori sampah

Kereta jenis Proton Perdana itu musnah terbakar kira-kira 95 peratus

8:28 AM MYT

 

IPOH – Tiga individu rentung apabila kenderaan yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori sampah, di Kawasan Perindustrian Bercham dekat sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya, menerima panggilan pada pukul 8.05 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dan dibantu BBP Tambun serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bercham, dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah kereta Proton Perdana dengan anggaran kemusnahan kebakaran kira-kira 95 peratus. 

“Kemalangan itu dipercayai berpunca kereta tersebut merempuh bahagian hadapan lori sampah yang turut terbakar kira-kira 50 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata, bantuan kren digunakan untuk mengalihkan lori sampah tersebut dan setelah dialihkan didapati kesemua mangsa yang rentung berada dalam kereta berkenaan.

“Pihak bomba menggunakan dua aliran hos bersumberkan air tangki jentera sehingga api padam sepenuhnya,” katanya menambah operasi tamat pada 11.35 malam.

Beliau berkata, maklumat kesemua mangsa masih belum dapat dikenali pasti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kereta dinaiki mangsa yang datang dari arah Tanjung Rambutan hilang kawalan lalu bertembung dengan lori sampah dari arah bertentangan, ketika melalui jalan selekoh.

“Akibat pelanggaran itu, kereta tersebut tersepit di bawah lori sampah lalu terbakar dan lelaki berusia 20 tahun yang memandu kereta bersama dua penumpang lelaki yang juga adik dan adik sepupunya, masing-masing berusia 16 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu lori sampah dan empat kelindan pula tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, DSP Koo Boon Kuat di talian 016-4173222 bagi membantu siasatan. – 14 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related