Kertas Putih Dasar Gaji Progresif dibentang di Parlimen dalam masa terdekat

Dasar itu membabitkan pengagihan gaji lebih seimbang, bersifat sukarela, berteraskan insentif dan produktiviti pekerja

8:18 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar memaklumkan, Kertas Putih Dasar Gaji Progresif akan dibentang di Parlimen dalam masa terdekat.

Beliau berkata, perkara berhubung dasar itu juga sudah dibincangkan secara terperinci dan mendapat kelulusan daripada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

“Satu kertas putih berkaitan Dasar Gaji Progresif akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.

“Perkara ini sudah dibincangkan secara terperinci dan mendapat kelulusan daripada MTEN dan ia sudah dibawa untuk dibincangkan dalam Kabinet,” katanya.

Sivakumar berkata demikian kepada media pada Majlis Ramah Mesra Sambutan Deepavali 2023 anjuran Kementerian Sumber Manusia di sini, hari ini.

Katanya, model gaji progresif itu diperlukan bagi memberikan nilai gaji setimpal, terutama kepada pekerja berkemahiran tinggi.

Dalam model gaji progresif itu, ujarnya, ‘kuncinya’ adalah produktiviti dan bagaimana untuk mendapatkan nilai terbabit pada tahap tinggi adalah melalui kemahiran.

“Kita (KSM) tidak kata tidak akan ada gaji minimum langsung, gaji minimum akan ada sebagai base tetapi ia (gaji progresif) akan jadi satu pelengkap kepada Dasar Gaji Minimum,” katanya.

Melihat rasional pelaksanaan Dasar Gaji Progresif, Sivakumar berkata, ia mampu memberikan pilihan buat majikan, selain daripada kadar gaji minimum, iaitu RM1,500.

Selain itu, Sivakumar berkata, walaupun gaji minimum RM1,500 adalah kecil, ada sebilangan majikan tetap tidak bersetuju dengan perkara berkenaan.

Jelasnya, ia disebabkan mereka perlu membayar jumlah gaji sama biarpun terdapat perbezaan produktiviti dalam kalangan setiap pekerja.

“Kita juga harus lihat kepada produktiviti daripada pekerja sebab apabila kita nak laksanakan Dasar Gaji Minimum, bukan semua majikan menerimanya.

“Walaupun gajinya tidak begitu tinggi, RM1,500 tapi ada juga majikan yang merasakan sistem ini tidak memadai (cukup).

“Mereka mengatakan untuk semua pekerja, tidak kira mempunyai produktiviti tinggi atau rendah, majikan harus membayar gaji sama RM1,500, maka ini buka ruang kepada kita untuk melihat kepada satu model yang boleh memberi pendapatan, gaji lebih baik kepada pekerja mempunyai produktiviti tinggi,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, Dasar Gaji Progresif adalah satu anjakan ke arah memulihkan pasaran pekerja supaya gaji dapat ditingkatkan dengan lebih konsisten.

Dasar itu juga membabitkan pengagihan gaji lebih seimbang, bersifat sukarela, berteraskan insentif dan produktiviti pekerja. – 13 November, 2023

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

It’s clearly ‘All In’ Hotel, not ‘Allah’: Perlis mufti urges Muslims to look before leaping

The “All In Hotel” signage does not resemble the word “Allah”, said Datuk Mohd Asri Zainul Abidin after a group complained about its name.

Related