Sivakumar sahkan terima aduan pekerja tidak dibayar gaji, tak kompromi majikan culas

Malah, beliau akan memastikan majikan yang melakukan kesalahan itu dihadapkan ke mahkamah

7:06 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengesahkan menerima aduan membabitkan isu majikan tidak membayar gaji pekerja asing dan domestik mereka.

Menterinya, V. Sivakumar berkata, kementerian itu akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan sekiranya terbukti culas dalam membayar gaji berkenaan.

Katanya, KSM juga berazam menjadikan Malaysia bebas daripada kes amalan buruh paksa.

“Kita memang ada terima (aduan) berkaitan pengurusan pekerja asing dan pekerja domestik, mengenai majikan yang tidak bayar gaji dan sebagainya.

“Perkara ini memang dalam perhatian KSM dan saya sudah beri arahan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk ambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan yang melanggar undang-undang, terutamanya akta kerja di mana kita mahu memastikan negara kita bebas daripada amalan buruh paksa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media pada Majlis Ramah Mesra Sambutan Deepavali 2023 anjuran KSM di sini, hari ini.

Sivakumar menegaskan, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan perbuatan majikan itu kerana amaran terbabit dan tanggungjawab terhadap pekerja, sudah berulang kali diingatkan kepada.

Tegasnya, beliau juga akan memastikan majikan yang melakukan kesalahan itu, diheret ke muka pengadilan bagi memastikan ia tidak berulang.

“Kementerian (ini) sentiasa was-was (memerhati) dan sedia ambil tindakan terhadap mana-mana majikan yang salah guna kuasa mereka untuk mendiskriminasi pekerja.

“Saya tidak akan beri pertimbangan dan saya akan pastikan pihak JTK akan heret mereka ke mahkamah,” katanya.

Semalam, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Indera Hermono turut mendedahkan pihaknya menerima kira-kira 90 peratus aduan berkait pekerja domestik, dengan ada antara mereka tidak dibayar gaji selama 19 tahun.

Aduan lain termasuk penganiayaan pembantu rumah Indonesia yang menunjukkan trend membimbangkan, malah memerlukan penyelesaian segera daripada majikan dan pelaksanaan penguatkuasaan lebih ketat. – 13 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Not just stupid, but blatantly insulting: Saravanan slams Era FM’s Thaipusam ‘jokes’

MIC deputy president denounces actions of radio presenters imitating sacred kavadi dance, calling it ‘brainless’ and ‘disgraceful’

Megat Hafiz A.C.A.B tetap saman empat individu yang muat naik hantaran berbaur hasutan, ugutan dan penghinaan

Vokalis dan pemain gitar kumpulan skinhead, A.C.A.B, Megat Hafiz Mohammad atau Magskin memaklumkan salah seorang daripada empat individu yang sebelum ini telah mengeluarkan hantaran jelek berbaur hasutan, penghinaan serta ugutan dengan niat menjatuhkan dirinya telah ditahan polis di Pahang.

Related