Dakwa undang-undang syariah di Selangor telah dicabar, Najwan minta Pemuda PAS hentikan fitnah dan dusta

Kedaulatan undang-undang syariah kekal utuh di Selangor malah kemuliaan agama Islam terus dipelihara dan dipertahankan dengan tegas oleh sultan, kata beliau

1:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Exco Selangor, Mohd Najwan Halimi meminta Pemuda PAS menghentikan fitnah dan dusta apabila mendakwa undang-undang syariah di Selangor sudah berjaya dicabar.

Sedangkan kata Najwan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia & Kemajuan Sukan, Perberdayaan Usahawan & Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana negeri, kedaulatan undang-undang syariah kekal utuh di Selangor malah kemuliaan agama Islam terus dipelihara dan dipertahankan dengan tegas oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Segala urusan perundangan melibatkan hal ehwal umat Islam di Selangor tertakluk di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

“Hentikan fitnah dan pendustaan kalian wahai Pemuda PAS Malaysia,’’ katanya menerusi hantaran di X, yang dulunya kenali sebagai Twitter.

Beliau mengulas mengenai dakwaan Pemuda PAS menerusi laman X apabila mendakwa undang-undang jenayah syariah bakal lenyap.

“Jika kita terus berdiam diri, undang-undang syariah telah dicabar secara terancang oleh musuh Islam. Mereka sudah berjaya di Selangor!

“Nik Elin (Nik Elin Abdul Rashid) telah mencabar 20 pertuntukan undang-undang jenayah syariah di Kelantan!,’’ katanya.

Berikutan itu, Pemuda PAS merancang mengadakan Himpunan Selamatkan Syariah, yang dijadualkan pada 20 November ini di hadapan Istana Keadilan, di Putrajaya.

Nik Elin, seorang peguam, bersama anak perempuannya, telah memfailkan cabaran undang-undang untuk membatalkan 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Berikutan itu, Perikatan Nasional (PN) telah mengumumkan akan mengadakan beberapa siri demonstrasi bagi membantah cabaran undang-undang terhadap 20 peruntukan di bawah enakmen jenayah syarikah Kelantan itu. – 13 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related