Operator Taska akan diwajibkan hubungi ibu bapa jika anak tidak hadir: Nancy

Sekiranya ibu bapa tidak dapat dihubungi, perlu juga ada nombor telefon kecemasan bagi membolehkan taska menghubungi seperti ahli keluarga terdekat : Nancy

10:25 AM MYT

 

KUCHING – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mewajibkan operator Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) menghubungi ibu bapa sekiranya anak mereka tidak hadir bagi mengelakkan kes kematian kanak-kanak tertinggal di dalam kereta. 

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata prosedur operasi standard (SOP) berkenaan perlu dikemas kini susulan beberapa kes yang berlaku sejak kebelakangan ini selepas penjaga terlupa menurunkan anak mereka di premis taska dan meninggalkan mereka di dalam kereta.

“Sekiranya ibu bapa tidak dapat dihubungi, perlu juga ada nombor telefon kecemasan bagi membolehkan taska menghubungi seperti ahli keluarga terdekat.

“Namun ada yang saya tak boleh lakukan sebab ia di bawah kementerian berbeza… contohnya orang kata melarang penggunaan cermin kereta gelap. Ia bukan di bawah bidang kuasa saya, jadi saya hanya boleh lakukan sesuatu yang di bawah bidang kuasa saya,” katanya kepada pemberita selepas majlis Malam Media Sarawak di sini semalam. 

Setakat Oktober lepas sehingga kini, beliau berkata sejumlah tiga kes kanak-kanak maut berikutan tertinggal di dalam kereta telah dilaporkan. – 13 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related