Akta Anti Lompat Parti tak perlu dipinda, ‘parti kena kawal sikap wakil rakyat mereka’

Bersatu wajar meminda Perlembagaan parti itu sendiri jika mahu mengelak lebih ramai ahli Parlimennya berubah pendirian menyokong Kerajaan Perpaduan

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pindaan ke atas Akta Anti Lompat Parti tidak perlu dilakukan, sebaliknya setiap parti politik perlu mengambil tanggungjawab mengawal tingkah laku wakil rakyat masing-masing supaya mematuhi prinsip ditetapkan.

Felo Kanan Akademi Nusantara (NASR), Profesor Azmi Hassan berkata, Perlembagaan Persekutuan membenarkan kebebasan berpolitik dan ia terpakai kepada ahli Parlimen, wakil rakyat dan orang awam.

“Bagi saya tidak perlu diubah atau dipinda akta itu selepas pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, tapi parti sendiri bertanggungjawab menjaga tingkah laku wakil rakyat supaya prinsip parti dituruti.

“Parti boleh membuat perjanjian (dengan ahli) sebelum mereka menjadi calon parti (untuk pilihan raya) umpamanya,” katanya kepada Scoop.

Menurut Profesor Azmi Hassan, parti sendiri bertanggungjawab menjaga tingkah laku wakil rakyat supaya prinsip parti dituruti – Gambar Bernama, 12 November, 2023

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan pemimpin Bersatu semalam, supaya undang-undang anti lompat parti yang diluluskan Parlimen dikaji semula.

Parti itu mendakwa terdapat kelemahan dalam akta terbabit, terutama dalam situasi ahli parti berkenaan bertindak menyokong Kerajaan Perpaduan.

Penganalisis politik dan Pakar Perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Muhammad Fathi Yusof berkata, Bersatu sendiri wajar meminda Perlembagaan parti itu jika mahu mengelak lebih ramai ahli Parlimennya berubah pendirian dengan menyokong Kerajaan Perpaduan.

Katanya, pindaan itu boleh dibuat dengan memasukkan klausa bahawa wakil rakyat yang tidak lagi memberi sokongan kepada Bersatu di Parlimen, dianggap sebagai bukan ahli.

Profesor Madya Muhammad Fathi Yusof berkata, DAP dan Amanah sudah membuat pindaan Perlembagaan parti mereka sebelum ini dan mencadangkan Bersatu melakukan perkara yang sama – Gambar Facebok Dr Fathi Yusof, 13 November, 2023

Fathi berkata, ia kerana Perkara 49(a) Perlembagaan Persekutuan, memberikan dua situasi yang menyebabkan seseorang itu lucut kelayakan sebagai ahli Parlimen.

“Yang pertama, apabila beliau mengisytihar keluar parti, iaitu atas tindakan beliau sendiri.

“Keduanya, apabila seseorang ahli Parlimen tidak lagi menjadi anggota parti berkenaan. Definisi tidak lagi menjadi ahli ini boleh diperincikan melalui Perlembagaan parti,” katanya.

Beliau berkata, DAP dan Amanah sudah membuat pindaan Perlembagaan parti mereka sebelum ini, dengan memasukkan peruntukan bahawa seseorang ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang melanggar keputusan parti atau bertindak tidak selari dengan parti, didefinisikan sebagai tidak lagi menjadi anggota parti.

“Jadi peruntukan dimasukkan dalam Perlembagaan parti itu memberi kesan kepada Perkara 49(a) dari sudut definisi seseorang tidak lagi menjadi ahli parti,” katanya yang memaklumkan Bersatu boleh mengadakan Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) bagi meminda Perlembagaan parti.

Setakat ini, empat Aahli Parlimen pembangkang daripada Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan secara terbuka kepada kepemimpinan Perdana Menteri.

Ia bermula dengan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid pada 12 Oktober, diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman Suhaili (30 Oktober).

Tindakan sama disusuli Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim pada 7 November dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik hari berikutnya. – 13 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related