Ahli Parlimen pembangkang isytihar sokong PM tidak hilang kerusi: Saifuddin Nasution

"Akhirnya keadaan bagaimana yang dikira Ahli Parlimen hilang kerusi? Isytihar masuk parti lain, isytihar jadi Ahli Parlimen bebas. Isytihar sokong Perdana Menteri? Tidak hilang kerusi" : Saifuddin

1:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan Ahli Parlimen pembangkang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyebabkan mereka hilang kerusi Parlimen.

Menteri Dalam Negeri yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketika menduduki jawatankuasa bagi menggubal rang undang-undang antilompat parti, pendirian PH adalah Ahli Parlimen yang bertindak bertentangan dengan keputusan whip parti di dalam dewan adalah dikira hilang kerusi dan Pilihan Raya Kecil perlu diadakan.

“Saya menduduki jawatankuasa ini semasa digubal, mewakili PH bersama Gobind Singh Deo dan (Mohamed) Hanipa Maidin.

“Pendirian PH tindakan MP (Ahli Parlimen) bertindak bertentangan keputusan whip parti di dalam dewan (dalam perkara seperti undian bajet, usul undi tidak percaya dan apa-apa RUU yang memberi kesan kepada kedudukan kerajaan) adalah dikira hilang kerusi dan pilihan raya kecil diadakan.

“Juga MP yang dipecat oleh parti kerana melanggar disiplin dan perlembagaan parti, (juga) dikira hilang kerusi,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau berkata pendirian dan cadangan PH, ketika itu tidak dipersetujui oleh Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“(Jadi) (Tan Sri Dr) Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai pengerusi usulkan hanya cadangan mendapat konsensus semua parti akan dimasukkan (ke dalam akta).

“Akhirnya keadaan bagaimana yang dikira Ahli Parlimen hilang kerusi? Isytihar masuk parti lain, isytihar jadi Ahli Parlimen bebas. Isytihar sokong Perdana Menteri? Tidak hilang kerusi. Sekian,” katanya.

Berdasarkan undang-undang antilompat parti, Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663), hanya Ahli Parlimen yang bertindak masuk ke parti lain selain mengumumkan diri sebagai bebas akan hilang kelayakan kerusi disandang.

Akta Antilompat Parti itu diwartakan pada 6 September lalu.

Empat Ahli Parlimen yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, dari kiri Datuk Suhaili Abdul Rahman, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Mohd Azizi Abu Naim dan Zahari Kechik telah menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri. – Gambar Facebook, 11 November, 2023

Semalam Bersatu mencadangkan supaya undang-undang antilompat parti diluluskan Parlimen dikaji semula, kerana didakwa terdapat kelemahan terutama melibatkan situasi anggota parti itu yang bertindak menyokong kerajaan perpaduan.

Setakat ini, empat Ahli Parlimen pembangkang daripada PN menyatakan sokongan secara terbuka kepada kepemimpinan Perdana Menteri.

Ia bermula dengan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid pada 12 Oktober, diikuti Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman Suhaili (30 Oktober), Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim (7 November) dan Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik pada hari berikutnya. – 11 November, 2023

Topics

 

Hangat

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Related