Penghantaran ke-2 bantuan Ops Ihsan untuk Palestin, berlepas malam tadi

Baki barangan bantuan seberat 10 tan di bawah Ops Ihsan ini dijangka dihantar dalam penerbangan ketiga dalam masa terdekat

7:48 AM MYT

 

SEPANG Pesawat kargo khas yang membawa penghantaran kedua bantuan kemanusiaan sumbangan Malaysia untuk rakyat Palestin menerusi Ops Ihsan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa El-Arish, Mesir, malam tadi.

Pesawat kargo khas itu berlepas kira-kira 11 malam dari Terminal Kargo, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini membawa barangan keperluan utama seberat 20 tan antaranya makanan, barangan bayi serta perubatan.

Penghantaran kedua itu menjadikan jumlah barangan bantuan dihantar Malaysia mencecah kepada 40 tan setelah melakukan penghantaran pertama melibatkan barangan seberat 20 tan pada 3 Nov lepas.

Penghantaran itu merupakan sebahagian daripada 50 tan barangan berjumlah lebih RM7 juta yang dikumpulkan untuk Ops Ihsan.

Baki barangan bantuan seberat 10 tan dijangka dihantar dalam penerbangan ketiga dalam masa terdekat.

Sebaik bantuan berkenaan tiba di Mesir, barangan berkenaan akan diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir sebagai rakan kerjasama bagi membawa masuk bantuan ke Palestin melalui pintu sempadan Rafah-Gaza.

Majlis pelepasan penghantaran kedua itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof yang turut disertai Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.

Turut hadir Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan Jismi Johari, Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali serta ketua perwakilan asing.

Ketika ditemui media di sini malam tadi, Fadillah merakamkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat penerbangan dan petugas logistik yang bersama menjayakan misi bantuan kemanusian itu.

“Kita doakan perjalanan penghantaran (bantuan) ke Gaza dipermudahkan dan selamat sampai kepada rakyat Palestin yang amat memerlukan bantuan ini,” katanya.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa.

Ops Ihsan merupakan inisiatif yang dilancarkan Kementerian Luar bersama lebih 50 NGO antaranya Global Peace Mission Malaysia, Mercy Malaysia, BeVital, MyAqsa Defenders, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Cinta Gaza Malaysia dan Malaysian Relief Agency (MRA). – 11 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related