Pegawai SPRM akan menganggotai Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra, pantau pengurusan dana

Langkah berkenaan dapat memastikan dana Mitra digunakan sepenuhnya dan diagihkan dengan lebih telus untuk pembangunan dan kemajuan masyarakat India

10:23 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menganggotai Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) bagi membantu dalam memantau pengurusan dana, kata Pengerusinya Datuk R Ramanan.

Beliau berkata langkah berkenaan dapat memastikan dana unit tersebut digunakan sepenuhnya dan diagihkan dengan lebih telus untuk pembangunan dan kemajuan masyarakat India.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) kerana beliau telah memberikan pegawainya yang akan turut hadir (semasa mesyuarat) serta akan membimbing kami dalam memastikan tiada salah urus (dana) berlaku,” katanya pada sidang media di sini hari ini,

Langkah berkenaan akan memastikan pelaksanaan dan pengurusan Mitra lebih telus, selain memastikan setiap pemohonan melalui proses tapisan yang lebih jelas, katanya.

Ramanan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azam pada Selasa lepas bahawa siasatan SPRM berhubung penyelewengan dana Mitra telah selesai dan individu terlibat juga sudah didakwa di mahkamah. Azam juga dilaporkan telah mengemukakan kepada Mitra saranan serta nasihat mengenai prosedur lemah unit itu.

Pada 2021, lebih 300 syarikat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan disiasat berhubung dakwaan penyelewengan geran peruntukan bernilai RM203 juta yang dikeluarkan oleh Mitra sejak 2019.

Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer yang juga Ahli Jawatankuasa Mitra yang turut hadir dalam sidang media itu berkata beliau yakin pada masa hadapan, persepsi terhadap unit itu akan berubah.

“Saya juga yakin, di bawah pimpinan pengerusi dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, tujuan dan matlamat Mitra akan tercapai dan kita akan pastikan lebih banyak rakyat Malaysia berbangsa India akan dapat dibantu,” katanya.

Mengenai perancangan Mitra pada tahun hadapan yang dibincangkan pada mesyuarat hari ini, Ramanan berkata pihaknya akan lebih fokus terhadap status program sosioekonomi dan pendidikan masyarakat India di Malaysia.

Menurutnya, lebih 10,000 pelajar telah mendapat peruntukan dana Mitra dengan 7,000 telah menerima bantuan pada tahun ini berjumlah kira-kira RM30.96 juta. – 10 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Petros accuses Petronas of strong-arm tactics in blocking Sarawak’s gas rights

Court documents reveal claims of dominance abuse and interference with the state’s sole gas aggregator role

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related