Bajet Selangor: Subsidi yuran Kafai diteruskan, galak ibu bapa beri anak pendidikan agama

Sebelum ini, bantuan tersebut berjaya menyelesaikan isu tunggakan yuran bulanan bagi 22,226 murid dari keluarga B40

8:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor meluluskan peruntukan RM5 juta secara one-off bagi meringankan beban ibu bapa melalui pemberian subsidi yuran Kelas Al-Quran dan Fardu Ain Integrasi (Kafai) berjumlah RM30 sebulan.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri bersetuju meneruskan inisiatif pemberian subsidi berkenaan bagi memberikan galakan kepada ibu bapa untuk memberikan pendidikan agama Islam kepada anak mereka.

“Usaha ini diharap menjadi suntikan dan galakan kepada masyarakat agar terus menyediakan pendidikan agama Islam untuk anak-anak berusia tujuh hingga 12 tahun di Selangor.

“Untuk maksud ini, sejumlah RM5 juta secara one-off akan diperuntukkan oleh kerajaan negeri,” katanya ketika membentangkan Bajet 2024 bertemakan Selangor Mandiri:Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pemberian subsidi itu sebelum ini, Amirudin berkata, bantuan tersebut berjaya menyelesaikan isu tunggakan yuran bulanan bagi 22,226 murid dari keluarga B40.

Selain itu, katanya, bayaran subsidi tersebut akan digunakan bagi menampung segala perbelanjaan melibatkan institusi pengajian agama berkenaan.

“Bayaran berkenaan akan digunakan bagi menampung pembayaran utiliti termasuk sewaan premis, baik pulih bangunan, penyelenggaraan, kemudahan akses internet dan elaun Guru Rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga meluluskan peruntukan RM2 juta bagi menaik taraf 20 masjid bagi meningkatkan kecekapan dan mutu pengurusannya.

“Sebagai tanda sokongan terhadap usaha pihak Mais (Majlis Agama Islam Selangor), kerajaan negeri bersetuju meluluskan cadangan menaik taraf 20 masjid kariah sebagai masjid pengurusan melibatkan peruntukan RM2 juta,” katanya. – 10 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related