PM Anwar akan hadir Sidang Kemuncak Tergempar OIC

Sidang kemuncak itu akan membincangkan serangan, kekejaman dan ketidakberperikemanusiaan rejim Israel yang berterusan ke atas Palestin

7:26 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan pada Sabtu (11 November) di Riyadh, Arab Saudi.

Sidang kemuncak itu akan membincangkan serangan, kekejaman dan ketidakberperikemanusiaan rejim Israel yang berterusan ke atas Palestin.

Dihoskan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, sidang kemuncak itu akan turut dihadiri oleh pemimpin dan wakil negara anggota OIC.

“Sidang Kemuncak ini akan didahului dengan dua mesyuarat persediaan iaitu Mesyuarat Persediaan Peringkat Menteri pada 10 November 2023 dan Mesyuarat Persediaan Pegawai-Pegawai Kanan OIC pada 9 November,” menurut kenyataan Kementerian Luar.

Sidang kemuncak tergempar itu hasil daripada kerjasama utuh Perdana Menteri bersama beberapa pemimpin OIC. 

Semasa sidang kemuncak itu, Perdana Menteri akan menyatakan pendirian tegas Malaysia mengenai usaha segera untuk menamatkan tindakan pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, dengan krisis kemanusiaan masih berlarutan, serta keperluan utama bagi negara anggota OIC dan seluruh masyarakat antarabangsa untuk membantu menangani nasib dan penderitaan rakyat Palestin.

Sidang kemuncak itu dijangka akan menerima pakai satu Dokumen Hasil (Final Communique).

Anwar akan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pegawai kanan kerajaan. – 10 November, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Cops to call up 13 varsity students who joined Jan 25 anti-graft rally

Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia rep says this includes three from Sabah who would have to fly to KL; summoned rallygoers may meet police together on Sunday to receive notice

Related