Bajet Selangor: Peruntukan laksana Insentif Muassasah Haji Selangor dinaikkan kepada RM3 juta

Peningkatan peruntukan itu sebahagian dalam Tawaran Kita Selangor, Kerajaan Perpaduan yang bermatlamat meluaskan insentif tersebut daripada wang saku kepada subsidi haji

6:56 PM MYT

 

SHAH ALAM – Kerajaan negeri melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) meningkatkan peruntukan bagi Insentif Muassasah Haji Selangor dari RM1.5 juta kepada RM3 juta bagi 2024.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peningkatan peruntukan itu sebahagian dalam Tawaran Kita Selangor, Kerajaan Perpaduan yang bermatlamat meluaskan insentif tersebut daripada wang saku kepada subsidi haji.

“Bagi 2024, kerajaan negeri melalui MBI meningkatkan peruntukan bagi Insentif Muassasah Haji Selangor dari RM1.5 juta kepada RM3 juta.

“Bantuan ini akan dijalankan oleh kerajaan negeri dengan usahasama Lembaga Tabung Haji (TH),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Selangor 2024 bertema Selangor Mandiri:Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini. – 10 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related