Tol percuma dua hari mulai esok sempena Deepavali

Pengecualian bayaran tol itu bermula 11 November pada jam 12 pagi hingga 12 November, 11.59 malam

10:19 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan menawarkan tol percuma selama dua hari kepada pengguna kenderaan sempena Deepavali bermula esok.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tol percuma ditawarkan menerusi kerjasama dengan syarikat konsesi itu akan bermula 11 November pada 12.01 pagi hingga 12 November (11.59 malam).

“Selaras semangat perpaduan Malaysia Madani, kerajaan bersetuju memberikan tol percuma selama dua hari kepada pengguna lebuh raya bersempena Deepavali yang disambut pada 12 November ini.

“Pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol, kecuali di plaza tol di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, inisiatif terbabit dilaksanakan bagi meraikan semua rakyat Malaysia, terutama masyarakat India yang menyambut Deepavali.

“Ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan,” katanya.

Alexander berkata, pemilihan tarikh itu juga bagi mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali ke bandar.

Katanya, ia turut dapat mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logistik tambahan, seperti pengurusan kawalan trafik, sumber air tambahan, penyediaan tandas serta keperluan logistik lain yang membabitkan pihak ketiga di kawasan hentian sebelah (Lay By) dan kawasan rehat & rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

Anggaran jumlah trafik dalam masa dua hari itu, ujarnya, adalah 11.8 juta kenderaan.

Pada masa sama, beliau berkata, dengan pelaksanaan tol percuma itu, diharapkan pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang berkenaan, selain merancang perjalanan dengan sebaiknya.

Menurutnya, pengguna lebuh raya dinasihatkan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) disyorkan.

“Aspek keselamatan serta pemanduan selamat perlulah dipatuhi, supaya semua pengguna lebuh raya dapat tiba ke destinasi dengan selamat dan sambutan Deepavali ini menjadi lebih bermakna bersama keluarga tercinta,” katanya.

Selain itu, Alexander berkata, pengguna boleh menyemak status trafik atau sebarang insiden di lebuh raya yang akan dikemaskini di media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), iaitu di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia atau di Twitter @LLMtrafik secara berkala.

“Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik atau bantuan.

“Kementerian Kerja Raya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua yang menyambut perayaan ini. Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing,” katanya. – 10 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related