Veteran Umno ramal ada lagi Ahli Parlimen Bersatu akan isytihar sokongan pada PM

Tuduhan kononnya mereka yang terlibat didalangi broker politik adalah alasan dangkal bertujuan untuk menutup kelemahan kepimpinan parti Bersatu

10:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Veteran Umno meramalkan ada lagi Ahli Parlimen dari parti Bersatu yang akan mengambil tindakan dengan mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Menurut Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub, ini kerana mereka tahu bahawa pembangkang tidak mampu untuk merealisasikan segala janji dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Malah, katanya tuduhan kononnya mereka yang terlibat didalangi broker politik adalah alasan dangkal bertujuan untuk menutup kelemahan kepimpinan parti Bersatu.

Datuk Mustapha Yaakub berkata pembangkang tidak mampu untuk merealisasikan segala janji dalam PRU lalu. – Gambar media sosial, 9 November, 2023

“Pembangkang diminta berhenti menyalahkan kerajaan ekoran empat Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan mereka kepada PMX (Perdana Menteri). PN (Perikatan Nasional) sepatutnya menjaga dan mengawal Ahli Parlimen mereka supaya tidak mengambil tindakan menyokong Kerajaan Peraduan,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

‘Trend’ memberikan sokongan kepada Perdana Menteri itu bermula dengan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid pada 12 Oktober lalu dan diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman pada 30 Oktober lalu.

Ia disusuli pula oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik.

Iskandar Dzulkarnain dan Suhaili masing-masing digantung keahlian empat dan enam tahun oleh Bersatu, manakala dua lagi dijangka menerima nasib yang serupa selepas ini.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata-kata, tindakan keempat-empat Ahli Parlimen itu ada kewajarannya kerana mereka lebih mementingkan kebajikan rakyat dan kestabilan politik.

“Mereka juga sedar bahawa kemenangan lalu adalah dengan ihsan penyokong PAS dan bukan atas kekuatan Bersatu. Hakikatnya mereka kecewa dengan kemenangan itu kalau sekadar menjadi YB (Yang Berhormat) tetapi tidak dapat menyumbang khidmat kepada rakyat dan pengundi kawasan mereka. Jadi jalan yang terbuka ialah dengan menyokong kerajaan PMX,” katanya. – 9 November, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Aaron, Wooi Yik mean business: extra night training ahead of Paris Olympics

Women’s doubles pair Pearly Tan and M. Thinaah, mixed doubles duo Chen Tang Jie and Toh Ee Wei, will also participate

Related