Kanak-kanak 2 tahun maut ditinggalkan dalam kereta hampir lapan jam

Siasatan awal mendapati ibu mangsa terlupa menurunkannya di tadika

5:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai ditinggalkan hampir lapan jam di dalam kereta di Ara Damansara, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.49 petang daripada bapa mangsa yang memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri di rumah.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati ibu mangsa menghantar dua anaknya ke sekolah dan seterusnya pergi ke tadika berhampiran untuk menghantar kanak-kanak tersebut pada jam 7 pagi.

“Apabila tiba di tadika, ibu mangsa berhenti seketika untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi.

“Ibu mangsa kemudiannya terus pulang ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada di dalam kereta pada jam 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, bapa kanak-kanak itu memberikan rawatan awal sehingga pihak ambulans dan polis tiba di tempat kejadian.

Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Proses bedah siasat akan dijalankan pada hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Fakhrudin turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dan lebih bertanggungjawab serta mementingkan keselamatan anak di bawah jagaan masing-masing.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Terdahulu, seorang bayi dipercayai anak kepada seorang doktor meninggal dunia selepas mangsa tertinggal di dalam kereta lebih tujuh jam di parkir Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras pada 5 Oktober lalu.

Mangsa merupakan bayi perempuan berusia lapan bulan.

Sementara itu, pada 24 Oktober lalu, seorang bayi perempuan berusia 16 bulan yang juga anak seorang kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kuala Nerus maut setelah ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta bapanya.

Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapanya pada pukul 4.30 petang.

Bapa mangsa yang cemas terus bergegas membawa bayi itu di pusat kesihatan IPTA berkenaan. – 9 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Related