PM, Jemaaah Menteri tak jumpa Ahli Parlimen PN, ‘saya rasa mungkin hati mereka terbuka’

Fahmi berkata, tindakan Ahli Parlimen Gua Musang berdasarkan keputusan beliau sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak

4:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri tidak pernah bertemu dengan mana-mana Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) termasuk Mohd Azizi Abu Naim, supaya mengisytiharkan sokongan terhadap kerajaan perpaduan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, sebaliknya tindakan Ahli Parlimen Gua Musang itu dilakukan bersandarkan kepada keputusan beliau sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

“Saya rasa mungkin hati mereka (Ahli Parlimen) terbuka untuk melihat ada kepentingan bersama menyokong usaha Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan untuk mengembalikan Malaysia ke satu landasan pertumbuhan yang baik, keadaan politik stabil dan meneliti masalah dihadapi di kawasan masing-masing.

“Tapi saya tegaskan, kami tidak ada… we have no hands, no say in this (kami tidak mempengaruhi keputusan Ahli Parlimen pembangkang tersebut),” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas majlis pelancaran semula akhbar The Sun di sini, hari ini.

Pada masa sama, Fahmi juga mengakui terkejut dengan sokongan ditunjukkan Mohd Azizi dan mengalu-alukan keputusannya itu.

“Saya agak terkejut sampaikan saya buat pengesahan, tengok sendiri dalam Facebook Ahli Parlimen Gua Musang. Memang beliau buat kenyataan itu.

“Saya mengalu-alukan dan ini menjadikan sokongan kepada Perdana Menteri pada waktu ini kepada 150 Ahli Parlimen,” katanya.

Mohd Azizi menjadi Ahli Parlimen PN ketiga yang mengisytiharkan sokongan penuh kepada Anwar selepas Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) mengambil tindakan sama sebelum ini.

Katanya, keputusan itu bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk di Parlimen Gua Musang akan terbela dan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur.

Sementara itu, ditanya mengenai keputusan Bersatu menggantung keahlian Iskandar Dzulkarnain dan Suhaili, Fahmi berkata, ia keputusan parti tersebut yang perlu dihormati semua pihak.

“Itu keputusan parti masing-masing. Tapi kita (kerajaan) apa-apa pun akan merujuk kepada sebarang pemasyhuran dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat,” katanya. – 8 November, 2023

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related