Selepas dikecam hebat, diselar Perdana Menteri, Harakahdaily padam gambar Anwar di bendera Israel?

Gambar itu dilihat 'hilang' hanya beberapa jam selepas Anwar menyelar tindakan berkenaan pada sesi jawapan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini

5:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan Harakahdaily menyiarkan gambarnya bersama bendera Israel, foto berkenaan sudah tidak kelihatan, dipercayai ditarik semula pengurusan akhbar milik pembangkang itu di portal beritanya.

Penarikan itu hanya beberapa jam selepas Anwar menyelar tindakan berkenaan pada sesi jawapan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Gambar Ketua Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang dipaparkan dalam foto sama bersebelahan Anwar dengan latar belakang bendera Palestin, turut dipadam.

Bagaimanapun, berita bertajuk ‘Malaysia di bawah Anwar ragu-ragu sokong Palestin’ masih disiarkan.

Namun, hanya dipaparkan di foto itu adalah gambar bendera Israel dan bendera Palestin.

Justeru, ia mencetuskan persoalan mengenai kenyataan Anwar bahawa penerbitan akhbar itu menabur fitnah yang seolah-olah mahu menunjukkannya seorang pemimpin ‘pro Israel’.

Terdahulu, Anwar menyifatkan kenyataan serta gambar disiarkan akhbar itu yang memaparkan wajahnya di sebalik bendera negara berkenaan berhubung isu konflik Palestin dan Israel, sebagai biadap serta fitnah melampau.

“Dalam ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa), di bawah pentadbiran saya, dengar ya, jangan ketua dewan ulama gunakan Harakah kaitkan saya dengan Israel.

“Itu satu kenyataan biadap, melanggar tatasusila, fitnah yang guna serban, tidak sah dan saya bantah sekeras-kerasnya

“Kalau baca kenyataan itu, saya minta (Ahli Parlimen) Beluran baca Harakah, gambar saya dengan bendera Israel di belakang. Mana boleh dewan ulama cakap macam itu,” katanya.

Meskipun tidak tertera sebarang kapsyen, gambar itu dianggap tidak sepatutnya digunakan kerana seolah-olah memberi imej buruk kepada Perdana Menteri.

Ia turut mencetuskan rasa tidak puas hati pelbagai pihak, termasuk netizen yang menyifatkannya melampau dan seolah-olah berunsur propaganda, terutama Perdana Menteri secara jelas lantang dalam menunjukkan sokongan kuat bagi memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Anwar menegaskan, beliau tidak kisah sekiranya dikritik, namun meminta jangan sesekali mana-mana media melaporkan perkara salah apabila membabitkan isu pergolakan di Timur Tengah.

“Mengapa saya marah, sebab gambar saya ini di belakangnya (bendera) Israel, YB harus faham, YB rasa keras, marah dengan Israel, saya pun begitu, jadi bila dibuat begitu walaupun tiada kapsyen, saya rasa Harakah boleh betulkan.

“Boleh nak tegur, nak marah, nak kritik saya dalam soal-soal lain, saya terima dengan baik, tapi yang ini jangan,” katanya.

Pada masa sama, Anwar memberi amaran supaya fitnah dibuat akhbar terbabit terhadapnya tidak terus dilakukan kerana sekiranya berulang, beliau akan mengambil tindakan tegas.

“Kalau dia ulang, saya akan ambil tindakan keras terhadap sesiapa guna perkara itu,” katanya. – 7 November, 2023

Topics

Hangat

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Zhijie’s tragic death underscores crucial BAM-IJN partnership for athlete health

Incident a 'wake-up call' for importance of comprehensive health checks among athletes, medical assessments should be mandatory across all national sports associations, says BAM president

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Related