PM akan ke Riyadh hadiri sidang pemimpin negara Islam bincang isu Palestin

Anwar berkata, beliau mendukung usaha bagi mengadakan pertemuan di antara pemimpin negara Islam itu

3:53 PM MYT

 

BANGI – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan ke Riyadh, Arab Saudi dalam beberapa hari lagi, bagi menghadiri persidangan antara pemimpin negara Islam.

Perdana Menteri berkata, persidangan itu adalah untuk membincangkan konflik kemanusiaan di Palestin.

“Mungkin dalam beberapa hari ini saya terpaksa bergegas ke Riyadh kerana Putera Mohammed bin Salman (Putera Mahkota Arab Saudi), setuju diadakan persidangan di antara pemimpin negara Islam.

“Semalam saya dapat bincang melalui telefon dengan Presiden Turkiye (Recep Tayyip Erdogan) dan nyatakan ini langkah awal dan patut disegerakan, ada desakan kuat untuk ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan dan perasmian Projek Rintis Bangunan Daif di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi di sini, hari ini.

Anwar berkata, beliau mendukung usaha bagi mengadakan pertemuan di antara pemimpin negara Islam itu.

“Saya singgung (konflik) Gaza ini kerana itu hampir tiap hari hubungi pemimpin Mesir, Arab Saudi, Jordan, Turkiye dan lain lain.

“Saya syorkan mula-mula, selain ketua-ketua negara Islam, undang negara yang menyokong tindakan kita mengecam kezaliman dan penindasan ke atas rakyat Gaza.

“.. dan kita bincang, ramai pemimpin dunia Islam kata lebih baik adakan pertemuan dalam kalangan ketua-ketua negara Islam,” katanya.

Semalam, ketika berucap pada majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri, Anwar berkata, Malaysia sudah menghubungi pemimpin dunia Arab, termasuk Turkiye dan Iran.

Katanya, perkara itu adalah bagi mengadakan perbincangan berkaitan konflik kemanusiaan di Palestin. – 7 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related