Dewan Rakyat: Anwar dijangka perjelas pendirian kerajaan mengenai RUU AS

Beliau juga dijangka menjawab mengenai jumlah dibelanjakan kerajaan, bagi mempromosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian kerajaan menerusi semua platform media massa dalam tempoh tiga tahun

8:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyatakan pendirian kerajaan di Dewan Rakyat, berhubung tindakan terkini Dewan Perwakilan Amerika Syarikat yang meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas.

Menurut aturan urusan mesyuarat di laman sesawang Parlimen, soalan itu dikemukakan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang-PN) dalam Waktu Pertanyaan Menteri mengenai rang undang-undang berkenaan yang mengenakan sekatan terhadap pihak luar menyokong Hamas dan pergerakan Jihad Islam Palestin.

Anwar juga dijangka menjawab soalan P Prabakaran (Batu-PH) mengenai jumlah dibelanjakan kerajaan bagi mempromosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian kerajaan menerusi semua platform media massa dari 2020 hingga kini.

Pada sesi soal jawab, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran-PN) dijangka meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan status terkini Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan usaha mempertingkatkan keupayaan aset serta tahap penguatkuasaan, bagi keselamatan sempadan.

Aminolhuda Hassan (Sri Gading-PH) pula dijadual bertanyakan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang sama ada Akta Hasutan dan Akta Komunikasi, mencukupi dalam mendepani isu 3R atau kerajaan berhasrat memperkenalkan satu rang undang-undang baharu berkaitan keharmonian kaum.

Selesai sesi itu, sidang Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan RUU Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa bagi kementerian berkaitan.

Takwim Parlimen memaklumkan, perbahasan RUU di peringkat jawatankuasa itu akan berlangsung 12 hari hingga 27 November ini.

Persidangan Dewan Rakyat pada kali ini berlangsung 32 hari sejak 9 Oktober lalu. – 7 November, 2023

Topics

 

Hangat

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related