Jumlah penduduk Palestin terkorban di Gaza meningkat kepada 10,000

Jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra berkata tentera Israel membunuh 10,022 orang dan mencederakan lebih 25,000 yang lain

12:04 AM MYT

 

GAZA CITY – Angka kematian akibat serangan tentera penceroboh Israel ke atas Gaza kini melebihi 10,000 orang, menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin.

Dalam satu sidang media, Jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra berkata tentera Israel membunuh 10,022 orang dan mencederakan lebih 25,000 yang lain.

Beliau berkata jumlah korban itu, termasuk 4,104 kanak-kanak dan 2,641 wanita.

Kementerian Kesihatan turut menerima laporan sejumlah kira-kira 2,350 lagi hilang, termasuk kira-kira 1,300 kanak-kanak.

Pesawat pejuang Israel turut menyasarkan tiga hospital di Gaza City, termasuk hospital mata, hospital psikiatri dan Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi, mengorbankan lapan penduduk Palestin dan mencederakan 125 yang lain.

Selain jumlah korban yang ramai dan pemindahan besar-besaran, bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza akibat kepungan rejim Israel.

Sementara itu, Agensi Berita WAFA melaporkan bahawa jumlah kematian di Tebing Barat meningkat kepada 155 orang dan kira-kira 2,250 lagi cedera sejak 7 Oktober. – 7 November, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related