Kerajaan babitkan syarikat telekomunikasi dalam pelantikan CEO DNB yang baharu: sumber

Menurutnya, DNB dan kerajaan berminat untuk memastikan syarikat telekomunikasi berpuas hati dengan calon dipilih

9:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan melibatkan syarikat telekomunikasi dalam pemilihan calon bagi jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) Digital Nasional Berhad (DNB).

Sumber dalam industri menyatakan pelantikan CEO penyedia rangkaian borong untuk pelancaran 5G negara yang baharu itu ditangguhkan kerana syarikat telekomunikasi dan DNB bersedia untuk memuktamadkan perjanjian langganan saham (SSA) penting akhir bulan ini.

Dalam satu pengumuman baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mendedahkan pemeteraian SSA antara DNB dan syarikat telekomunikasi, juga dikenali sebagai pengendali rangkaian mudah alih (MNO), dijangka berlaku bulan ini, sementara menunggu keputusan daripada lembaga telekomunikasi masing-masing.

Perkembangan itu susulan pertemuan antara menteri dan CEO syarikat telekomunikasi.

DNB yang ditubuhkan pada awal Mac 2021, diberi mandat untuk mempercepatkan penggunaan infrastruktur dan rangkaian 5G di Malaysia.

Ia kini memegang spektrum 5G eksklusif, dengan matlamat untuk mencapai sasaran liputan sebanyak 80 peratus menjelang akhir 2023.

Digital Nasional Berhad (DNB ) ditubuhkan pada awal Mac 2021, telah diberi mandat untuk mempercepatkan penggunaan infrastruktur dan rangkaian 5G di Malaysia – Alif Omar/Scoop, 6 November, 2023

Untuk menyokong pembangunan rangkaian 5G negara, lima MNO iaitu CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd, Telekom Malaysia Bhd, U Mobile Sdn Bhd, dan YTL Communications Sdn Bhd bersetuju untuk mengambil pegangan ekuiti dalam DNB.

Fahmi bagaimanapun mengulangi bahawa Kementerian Kewangan akan menyelia pelantikan CEO DNB.

“Dari segi struktur, ia (pelantikan CEO DNB) adalah di bawah MoF (Kementerian Kewangan),” kata Fahmi seperti dipetik Bernama minggu lepas.

Dengan kekosongan jawatan tersebut lebih setengah tahun, sumber dalam industri berkata, kelewatan dalam melantik CEO DNB yang baharu bukan semata-mata berdasarkan perkara prosedur, tetapi menunjukkan DNB dan kerajaan berminat memastikan syarikat telekomunikasi berpuas hati dengan calon dipilih untuk peranan tersebut.

Keputusan tersebut penting kerana CEO akan bekerjasama rapat dengan syarikat telekomunikasi untuk mempercepatkan pelancaran 5G, menjadikan hubungan harmoni dengan mereka sebagai keutamaan.

“DNB dan kerajaan memahami bahawa memupuk hubungan kerjasama yang kukuh dengan syarikat telekomunikasi adalah penting untuk menjayakan penggunaan 5G.

“Mereka mahu memastikan syarikat telekomunikasi selesa dengan pilihan CEO, kerana mereka akan bekerjasama rapat,” katanya.

Peranan Augustus Ralph Marshall sebagai CEO DNB berakhir secara rasmi pada 11 Mac tahun ini dan kontraknya tidak disambung – Gambar laman web Asean Business Club, 6 November, 2023

Seorang lagi sumber berkata, memastikan kerjasama yang lancar antara DNB dan syarikat telekomunikasi amat penting untuk menyampaikan manfaat 5G kepada negara.

Kelewatan dalam pelantikan CEO akan mencerminkan komitmen terhadap perkongsian ini.

“Kelewatan ini menandakan pendekatan positif diambil oleh DNB dan kerajaan. Mereka meletakkan premium kepada CEO yang boleh memudahkan hubungan kerja yang kukuh dengan syarikat telekomunikasi, kerana perkongsian ini amat penting dalam mencapai matlamat 5G,” katanya.

Peranan Augustus Ralph Marshall sebagai CEO DNB berakhir pada suku pertama tahun ini.

Kontrak Marshall secara rasmi tamat pada 11 Mac dan tidak disambung.

CEO baharu berdepan cabaran besar untuk menyelaraskan peranannya dengan cita-cita tinggi Kerajaan Perpaduan untuk mencapai sasaran liputan 5G sebanyak 80 peratus menjelang akhir tahun ini.

Marshall yang terkenal dengan kepimpinannya dalam pelancaran Maxis dan Astro Networks, menyandang jawatan CEO DNB pada Mac 2021.

Penamatan perkhidmatan Marshall dari DNB berlaku ketika tempoh kritikal untuk pelancaran rangkaian 5G kerana Malaysia pada mulanya ketinggalan di belakang negara jiran, dengan pengguna mudah alih membayar antara kadar tertinggi untuk rangkaian 4G di rantau Asean.

Sementara menunggu SSA dimuktamadkan dan pelantikan CEO baharu, liputan 5G di negara ini mencapai kemajuan yang progresif.

Setakat 30 September lalu, liputan 5G di kawasan berpenduduk sudah mencapai 70.2 peratus dan negara kekal di landasan untuk mencapai sasaran liputan 80 peratus menjelang akhir tahun. – 7 November 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related