Adakah bumi Palestin akan dibebaskan oleh masyarakat Eropah, soal Mat Sabu

Protes besar-besaran berlaku di New York, Washington, London, Dublin, Paris serta Berlin melibatkan pelbagai agama dan bangsa

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu menyelar sebahagian negara-negara Islam yang bersekongkol dengan Israel demi untuk memperkuatkan ekonomi negara mereka dan tidak menggunakan kekayaan yang dikurniakan Allah untuk membantu Palestin.

Sebaliknya, kata beliau, berlaku perkembangan menarik iaitu ketika sebahagian negara Islam kekal bekerjasama dengan Israel, beberapa kerajaan dan masyarakat Eropah bangkit menentang kekejaman Zionis.

Jelasnya, ia adalah satu perkembangan baru yang menggerunkan apabila pemimpin barat bertindak menyokong kezaliman Zionis dan adakah bumi Palestin akan dibebaskan oleh masyarakat di Eropah.

“Contohnya Republik Ireland yang bukan sahaja lantang dalam negara mereka, tetapi juga bersuara keras dalam Parlimen Kesatuan Eropah mengutuk kekejaman dan tindakan berat sebelah segelintir kuasa barat.

“Protes besar-besaran telah berlaku di New York, Washington DC, London, Dublin, Paris dan Berlin melibatkan pelbagai agama dan bangsa, menjadi satu gelombang baru yang mengecam Zionis.

“Negara-negara kiri seperti Colombia, Bolivia, Chile, Cuba, Korea Utara, Russia, China dan Vietnam lebih keras mengecam Israel dan sebahagiannya memutuskan hubungan dengan negara tersebut,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Datuk Seri Mohamad Sabu berkata perkembangan menarik ketika ini berlaku apabila sebahagian negara Islam kekal bekerjasama dengan Israel, beberapa kerajaan dan masyarakat Eropah pula bangkit menentang kekejaman Zionis. – Azim Rahman/Scoop, 5 November, 2023

Serangan berterusan Israel sejak 7 Oktober lalu telah mengakibatkan 9,500 orang termasuk 6,400 kanak-kanak dan wanita terkorban.

Selain itu, serangan terbabit juga mengakibatkan 55 masjid, tiga universiti dan tiga gereja musnah, lapor pejabat media Gaza.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, setiap kali berlaku kekejaman terhadap penduduk yang mangsanya Muslim dan Kristian, negara Arab dan Islam akan mengadakan protes besar-besaran yang menjadi tindakan biasa sejak 75 tahun kewujudan negara haram Israel.

“Namun yang anehnya tidak ada usaha yang serius dilakukan oleh kerajaan negara Arab dan negara Islam di rantau tersebut untuk bertindak menghentikan kezaliman Israel,” katanya.

Beliau berkata, semakin banyak negara Arab yang dahulunya bermusuh dengan Israel, kini mula menjalinkan hubungan diplomatik dan kerjasama ekonomi dengan Israel seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan, Maghribi serta Arab Saudi.

“Walaupun tidak sampai mengirimkan senjata kepada penduduk Palestin untuk mempertahankan diri, setidak-tidaknya mereka boleh mengambil tindakan politik dengan memutuskan hubungan diplomatik, menghentikan kerjasama ekonomi dan menutup ruang udara negara-negara tersebut kepada Israel,” katanya. – 5 November, 2023

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

Related