Pemuda blazer merah, rider sudah berdamai? Polis sahkan 5 individu dipanggil bantu siasatan

Di sebalik dakwaan sudah berdamai, polis akan tetap meneruskan siasatan insiden terbabit

2:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isteri kepada pemuda memakai blazer merah yang mengasari seorang rider penghantar barang dalam video yang tular Jumaat lalu, mendakwa kes pergaduhan itu sudah diselesai secara baik.

Dakwanya lagi, suaminya yang bekerja sebagai penyambut tetamu di lokasi kejadian dan rider berkenaan sudah bermaaf-maafan dan berdamai berhubung insiden yang ditular itu.

“Tiada masalah antara suami saya dan rider itu. Tapi pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan video tidak lengkap mengenai insiden itu.

“Terima kasih untuk yang mengata, mengecam dan mengancam. Suami saya dan wanita itu (pelanggan kepada rider terbabit) sudah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memberi kenyataan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada masa sama, wanita tersebut yang mendakwa terpaksa menggunakan akaun Facebook kedua demi keselamatan keluarganya, turut memohon maaf kepada rider lain yang turut terkesan dengan insiden tersebut.

“Saya tahu solidariti rider sangat baik dan kuat di Malaysia. Sekali lagi, kami memohon maaf kepada semua rider yang terkesan dengan insiden ini.

“Maaf guna akaun (Facebook) kedua, demi keselamatan keluarga kami. Sekali lagi kami memohon maaf,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nazron Abd Yusof ketika dihubungi Scoop mengesahkan lima individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan insiden pergaduhan terbabit.

Katanya, semua individu dipanggil sejak kejadian berkenaan tular Jumaat lalu.

“Kjta mula panggil mereka sejak Jumaat lalu selepas kes terbabit tular dan siasatan lanjut kemudian dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan individu terbabit sudan berdamai, Nazron berkata, pihaknya tidak pasti mengenai perkara itu kerana tidak dimaklumkan mengenainya, namun akan tetap meneruskan siasatan insiden terbabit.

“Sepatutnya mereka berdamai selepas insiden itu, bukan selepas kes tular atau siasatan sudah dibuka, sekarang ini kita akan tetap jalankan siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial memperlihatkan seorang rider penghantar barang dibelasah selepas dipercayai bergaduh mulut dengan pengawal keselamatan yang tidak mengizinkannya masuk menghantar pesanan pelanggan.

Pengawal keselamatan berkenaan kemudiannya bertindak memanggil pemuda memakai blazer merah, sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

Susulan itu, firma guaman Hafarizam Wan & Aishah Mubarak (HWAM) mahu bertemu dengan rider dikenali sebagai Samir hari ini untuk membincangkan langkah guaman yang boleh diambilnya selepas insiden itu.

Wakil firma guaman HWAM, Mohamad Hakim ketika dihubungi Scoop berkata, walaupun rider terbabit melakukan kesilapan, pemuda memakai blazer merah itu tidak patut mengasarinya.

“Ia sama sekali tidak boleh diterima kerana negara mempunyai undang-undang. Jadi kami di sini akan memberikan bantuan guaman kepadanya jika dia ingin memfailkan sebarang tindakan undang-undang, andai video yang tular itu mencalarkan (maruah) dirinya,” katanya. – 5 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related