Persatuan Ulama Malaysia saran kerajaan gesa negara Arab tolak normalisasi dengan Israel

Ia antara 10 ketetapan dipersetujui dalam Seminar Konflik Palestin-Israel hari ini, susulan perkembangan terkini di Semenanjung Gaza, yang menyaksikan angka korban semakin meningkat

8:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyarankan kerajaan menggesa negara-negara Arab dan negara Islam menolak sebarang usaha menormalisasi hubungan dengan Israel dan terus memperkasa sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Ia antara 10 ketetapan dipersetujui dalam Seminar Konflik Palestin-Israel hari ini, susulan perkembangan terkini di Semenanjung Gaza, yang menyaksikan angka korban semakin meningkat, pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel dan sekatan terhadap keperluan asas. 

“PUM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan Israel yang sentiasa melanggar undang-undang antarabangsa menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak di Gaza,” menurut PUM dalam kenyataan malam ini.

PUM turut menggesa kerajaan untuk memainkan peranan utama dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) supaya dapat menggerakkan pertubuhan itu secara proaktif ke arah penyelesaian konflik di Palestin.

Persatuan itu turut mengambil ketetapan menuntut kerajaan Israel dan negara berkepentingan memberi kebenaran sepenuhnya kepada pihak luar menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Gaza di Palestin.

“PUM turut mendesak Israel supaya menghentikan serangan tidak bertamadun terhadap penduduk Gaza dan melakukan gencatan senjata dengan kadar segera supaya tindakan ke arah perdamaian dapat diambil,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, PUM turut menawarkan kerjasama dalam meningkatkan kesedaran dan mendidik masyarakat tentang konflik Israel-Palestin dan keperluan penyelesaian secara aman. – 5 November, 2023

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

PCM raises standards: Paralympics attire to outshine able-athlete attire 

PCM president proud to unveil Paris Paralympics’ national team attire design, collaborates with two local boutique brands

Related