‘Alhamdulillah, bantuan kemanusiaan Malaysia ke Palestin selamat tiba di Mesir’: Zambry

Barangan itu sudah dipindahkan ke lori untuk dibawa terus ke Sempadan Pintu Rafah-Gaza dan akan sampai ke tangan rakyat Palestin dengan segera

12:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pesawat membawa bantuan kemanusiaan pertama dari Malaysia untuk rakyat Palestin, tiba di Lapangan Terbang Al-Trish, Mesir.

Bantuan disalurkan melalui Ops Ihsan berkenaan tiba pada jam 8.25 pagi (waktu tempatan), semalam.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Abdul Zambry Kadir menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

“Syukur Alhamdulillah. Pesawat 9M-WCA membawa barang bantuan kemanusiaan dari Malaysia melalui Ops Ihsan selamat tiba di Lapangan Terbang Al-Trish, Mesir jam 8.25 pagi waktu tempatan, 4 November 2023,” katanya.

Beliau berkata, mengikut laporan dari lapangan, barangan bantuan dari Malaysia itu sudah dipindahkan ke lori yang disediakan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk dibawa terus ke Sempadan Pintu Rafah-Gaza.

“Insya-Allah jika tiada apa-apa halangan, semua barangan bantuan dari Malaysia ini akan sampai kepada rakyat Palestin di Gaza dengan segera.

“Terima kasih kepada semua atas bantuan dan sokongan, termasuk doa tidak henti-henti untuk dipermudahkan segala urusan misi ini dan misi bantuan lain,” katanya.

Terdahulu, penghantaran bantuan itu yang membabitkan pelbagai barangan keperluan seberat 20 tan, berlepas ke Mesir menerusi penerbangan pesawat kargo khas, Jumaat lalu.

Pesawat kargo itu berlepas kira-kira jam 11.30 malam dari Terminal Kargo, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Ia kemudiannya diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir sebagai rakan kerjasama bagi membawa masuk barangan itu ke Gaza melalui sempadan Rafah.

Penghantaran pertama itu adalah sebahagian daripada 50 tan barangan berjumlah lebih RM7 juta yang dikumpul melalui Ops Ihsan. – 5 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related