KKD adakan perbincangan dengan agensi, kementerian berkaitan kawal selia TikTok Shop

Fahmi Fadzil berkata walaupun mendapat kerjasama daripada TikTok, sehingga hari ini belum ada wakil daripada pihak tersebut di Malaysia

4:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengadakan perbincangan dengan agensi dan kementerian berkaitan berkenaan aspek kawal selia di TikTok Shop.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pihaknya telah mendapat maklumat asas mengenai demografi dan barangan yang dijual menerusi platform itu, selepas Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching mengadakan pertemuan dengan pihak TikTok pada Khamis lepas.

“Saya ada minta beberapa perbincangan susulan sebab maklumat perlu lebih terperinci dan selepas ini kita akan adakan perbincangan dengan kementerian dan agensi lain kerana dari segi bidang kuasa KKD dan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) lebih kepada kawal selia penggunaan rangkaian.

“… tetapi ada beberapa perkara lain di bawah bidang kuasa seperti contoh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), kita akan adakan perbincangan sebelum kita rumuskan tindakan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan Deepavali kepada masyarakat India di Lembah Pantai hari ini.

Pada 7 Oktober lepas, Fahmi dilaporkan berkata kerajaan akan meneliti terlebih dahulu tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia mengharamkan transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok sebelum merangka langkah yang bersesuaian di negara ini.

Menurut Fahmi beliau sendiri pernah menerima aduan orang awam yang melahirkan kerisauan jika langkah yang sama diikuti oleh kerajaan, namun pada masa yang sama beberapa gedung besar turut membangkitkan isu berkaitan persaingan harga terhadap produk yang dijual menerusi platform TikTok Shop.

Pada majlis di Lembah Pantai hari ini, Fahmi berkata MCMC juga telah mengadakan perbincangan dengan pengendali TikTok selepas menerima aduan pihak tertentu yang dihalang membuat TikTok Live dalam aplikasi berkenaan khususnya bagi membincangkan isu Palestin.

“… tetapi apabila dibagi jawapan oleh TikTok, bagi saya jawapannya sangat memalukan (kerana) kalau itulah jawapannya, ia tidak memberi gambaran yang baik. MCMC juga maklumkan beberapa perkara yang sedikit membimbangkan dari segi kawal selia, jadi saya telah meminta satu pertemuan akhir diadakan dengan pihak TikTok sebelum kita putuskan beberapa perkara,” katanya.

Fahmi berkata walaupun mendapat kerjasama daripada TikTok, sehingga hari ini belum ada wakil daripada pihak tersebut di Malaysia.

“Sekarang kita terpaksa menunggu sehingga pegawai-pegawai datang dari Singapura, Filipina dan sebagainya. Ini tidak kondusif kerana ia melewatkan dan seperti saya sebut sebelum ini kerajaan khususnya KKD dan MCMC sedang meneliti langkah untuk tingkatkan kawal selia,” katanya.

Mengenai majlis hari ini, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata sumbangan Deepavali itu ditingkatkan dan diagihkan kepada 1,000 keluarga berbanding 700 sebelum ini atas sambutan yang memberangsangkan daripada penduduk di kawasan itu. – 4 November, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related