Hanya lahir pada 2007 akan dipanggil PLKN 3.0

Kementerian Pertahanan berharap penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang ramai mengenai penetapan umur pelatih PLKN 3.0

1:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hanya remaja yang lahir pada 2007 akan dipanggil untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sekiranya ia dilaksanakan pada tahun hadapan.

Kementerian Pertahanan berkata, jika pelatih terbabit tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, maka mereka boleh memohon penangguhan dan had maksimum untuk menjadi pelatih sehingga umur 35 tahun.

“Justeru, Kementerian Pertahanan berharap penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang ramai mengenai penetapan umur pelatih PLKN 3.0,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Isu had umur pelatih yang menyertai PLKN telah menjadi tular di media sosial dengan ramai yang menjadikan ia sebagai bahan sindiran, apatah lagi selepas ura-ura had umur kemasukan ke PKLN hingga 35 tahun.

Malah langkah kerajaan untuk memperkenalkan semula PLKN mendapat pelbagai reaksi.

Pada 2018, Menteri Belia dan Sukan ketika itu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengumumkan bahawa PLKN dimansuhkan. Turut terlibat adalah  Biro Tata Negara (BTN).

PLKN diperkenalkan pada 16 Februari 2004 oleh pentadbiran ketika itu bagi memperkasa nilai jati diri dan kenegaraan belia.

BTN adalah unit di bawah JPM yang ditubuhkan pada 1981 untuk memupuk semangat patriotisme, membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan akan melaksana Program Latihan Khidmat Negara 3.0 mengikut acuan baharu.

Menurutnya, PLKN 3.0 juga tidak akan berbelanja besar seperti dua fasa terdahulu sebaliknya akan memanfaatkan segala aset tenaga kerja serta kem-kem wataniah yang ada di seluruh negara. – 3 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related