Kereta api langgar 14 ekor lembu, 335 penumpang selamat

Pelanggaran itu mengakibatkan kesemua lembu mati selain berlaku beberapa kerosakan pada tren lapan gerabak itu antaranya di bahagian enjin

11:24 PM MYT

 

KUANTAN – Seramai 336 penumpang dan lima kru kereta api Ekspres Rakyat Timuran (ERT) terselamat selepas tren dinaiki mereka merempuh 14 ekor lembu di KM84.50 – KM84.75 antara Stesen Bahau dan Stesen Triang, Bera semalam.  

Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata dalam kejadian sekitar 3.10 pagi itu tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan ke atas penumpang.

Katanya pelanggaran itu mengakibatkan kesemua lembu mati selain berlaku beberapa kerosakan pada tren lapan gerabak itu antaranya di bahagian enjin.

“Perjalanan tren dari Gemas, Negeri Sembilan ke Tumpat, Kelantan itu kemudian diteruskan selepas pemeriksaan kerosakan dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Sementara itu, beliau berkata insiden berkenaan bukannya yang pertama dilaporkan di lokasi berkenaan, berikutan telah berlaku kejadian sama pada 31 Oktober lepas apabila tren membawa 400 penumpang melanggar lima ekor lembu. 

Beliau berkata tindakan sewajarnya harus dilakukan oleh pihak terbabit termasuk penternak yang perlu lebih bertanggungjawab dalam menjaga haiwan ternakan mereka.

“Tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkaitan perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk di masa akan datang,” katanya. – 2 November, 2023

Topics

 

Hangat

MACC raids home of Ismail Sabri’s ex-aide, over RM100 mil cash seized

Source says authorities also confiscated documents, jewellery, electronic devices

[UPDATED] AGC requests high court for gag order on public discussion of Najib’s addendum case 

Attorney-General’s Chambers also does not want lawyers to hold watching briefs on hearings for the opposition

Top Ismail Sabri aides arrested over money laundering, graft probe: Azam Baki

Sources said that multiple cases are under investigation, including the alleged misuse of RM700 million

Related