Ceria dalam Dewan, isu MA63 satukan Ahli Parlimen pembangkang, kerajaan

Buat pertama kali, Ahli Parlimen pembangkang yang mendapat ruang untuk mengemukakan soalan telah memberikan peluang terbabit kepada Ahli Parlimen Kerajaan

3:17 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Dewan Rakyat yang bersidang hari ini menyaksikan satu insiden yang menarik apabila Ahli Parlimen pembangkang memberi peluang kepada Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal untuk mengemukakan soalan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, ia berlaku ketika Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wilson Ugak Kumbong menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berhubung perjanjian tersebut.

“Apabila sampai giliran soalan tambahan kedua, Timbalan Speaker iaitu Datuk Ramli Mohd Nor pula memberi peluang kepada Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi untuk mengemukakan soalan.

“Namun apabila Ahli-Ahli Dewan dapat melihat wajah dan merasai kehampaan Shafie, Mumtaz memberi memberi ruang “floor” kepada Shafie untuk bertanya soalan dan ia direstui oleh Timbalan Speaker,’’ katanya.

Menurut Ka Siong, buat pertama kali, Ahli Parlimen pembangkang yang mendapat “floor” untuk mengemukakan soalan telah memberikan peluang terbabit kepada Parlimen Kerajaan.

“Inilah semangat keharmonian yang patut dicontohi!’’ katanya.

Malah katanya, soalan terbabit adalah mengenai MA63, justeru memang sepatutnya Shafie selaku mantan Ketua Menteri Sabah bertanya tentang status pelaksanaan perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama sejak tahun 2019.

“Ceria & muhibbah Dewan Rakyat hari ini,’’ kata Ka Siong. – 2 November, 2023

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related