117,461 penumpang MYAirline boleh tuntut bayaran balik menerusi proses ‘chargeback’

Penumpang yang terjejas perlu diberikan bayaran balik dalam masa 30 hari termasuk cukai dan fi, bagi sebahagian atau bahagian-bahagian perjalanan yang tidak dapat dilaksanakan

2:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan seramai 117,461 penumpang terjejas boleh membuat tuntutan bayaran balik tiket MYAirline susulan penggantungan operasi syarikat penerbangan tambang murah itu sejak 12 Oktober lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata perbincangan yang dilakukan di antara MAVCOM dan BNM itu membolehkan penumpang yang membeli tiket menerusi kad kredit, kad debit dan ‘direct debit’ (FPX) boleh menuntut bayaran balik menerusi proses ‘chargeback’.

“MAVCOM telah mengadakan perbincangan bersama Bank Negara Malaysia berkenaan isu pembayaran balik kepada pelanggan yang terjejas dalam hal ini.

“BNM telah mengesahkan bahawa bagi penumpang yang telah membeli tiket melalui kad kredit, kad debit dan ‘direct debit’ (FPX) boleh menuntut pembayaran balik melalui proses ‘chargeback’ sekiranya tarikh perjalanannya telah luput dengan menghubungi MYAirline atau menghubungi bank mereka sendiri.

“MYAirline telah memberi jaminan kepada MAVCOM bahawa mereka akan menunaikan kewajipan untuk membuat bayaran balik kepada penumpang yang terjejas,” katanya ketika menjawab pertanyaan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan di bawah Sektor Udara di sesi Dewan Rakyat, hari ini.

Anthony turut menambah penumpang yang terjejas perlu diberikan bayaran balik dalam masa 30 hari termasuk cukai dan fi, bagi sebahagian atau bahagian-bahagian perjalanan yang tidak dapat dilaksanakan berdasarkan Perenggan 12 Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (Malaysian Aviation Consumer Protection Code 2016, MACPC).

Jelasnya, kementerian menerusi MAVCOM sedang memantau situasi ini dengan rapat dan akan memastikan semua aduan serta isu yang dibangkitkan oleh penumpang yang terjejas dapat diselesaikan sepenuhnya.

“Kementerian Pengangkutan melalui MAVCOM dan CAAM (Lembaga Penerbangan Awam Malaysia) akan terus mengutamakan kepentingan dan keselamatan pengguna pada setiap masa,” katanya.

Penggantungan operasi MYAirline telah menjejaskan 117,461 penumpang yang telah pun membeli tiket penerbangan ditawarkan oleh syarikat tersebut bagi tujuh laluan domestik dan dua laluan antarabangsa iaitu Kuala Lumpur-Pulau Pinang, Kuala Lumpur-Kota Bharu, Kuala Lumpur-Langkawi, Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, Kuala Lumpur-Tawau, Kuala Lumpur-Kuching, Kota Kinabalu-Tawau dan Kuala Lumpur-Suvarnabhumi (Bangkok) dan Kuala Lumpur-Don Mueang (Bangkok), Thailand.

Jumlah harga tiket yang telah dijual sehingga bulan Mac 2024 dilaporkan adalah sebanyak RM22,090,184 juta.

Terdahulu, MAVCOM dalam kenyataannya pada malam Rabu mengumumkan penggantungan lesen perkhidmatan udara (ASL) MYAirline berkuat kuasa serta-merta.

Menurut MAVCOM, keputusan itu selaras dengan seksyen 43(1) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771].

“Suruhanjaya telah mengeluarkan surat tunjuk sebab pada 13 Oktober 2023. Di dalam surat tunjuk sebab tersebut, MAVCOM mengarahkan MYAirline untuk memberikan penjelasan berhubung isu kegagalan syarikat penerbangan tersebut untuk mematuhi syarat-syarat ASL dan penggantungan operasinya secara tiba-tiba pada 12 Oktober 2023.

“MAVCOM telah menerima penjelasan bertulis MYAirline pada 27 Oktober 2023. Setelah mengkaji penjelasan bertulis tersebut, MAVCOM memutuskan menggantung ASL MYAirline kerana penjelasan syarikat penerbangan tersebut tidak memuaskan,” katanya. – 2 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related